Empatratusempatpuluh

Berkerut dahi menikmatan nikmat curut Cuba yang dihadiahkan oleh seorang rakan. Berkepul-kepul asap keudara. Seorang lelaki gempal sedang asyik termenung di kala cahaya matahari baru saja menerjah jendela. Tenang keadaannya di rumah agam mewah di atas bukit di pinggiran kota. Lelaki gempal yang agak tidak kurang kacaknya itu hanya memakai baju tidur yang sudah seminggu tidak dibasuh. Di dalam ketenangan riak wajah nya jelas kelihatan kegusaran. Pemikirannya melayang-layang melayan perasaan gusarnya....Lelaki gempal itu bermonolog sendiri.."Ah biarlah dunia ini penuh dengan orang kurang cerdik tapi cuba berlagak cerdik, biarlah dirinya yang kurang cerdik ini mendiamkan diri dari bersuara untuk memperlihatkan ketidak cerdikannya di khalayak ramai.."..

Normal

Mata kuyu seredup dan setenang cuaca mendung pagi di pergunungan. Senyuman dan hilai tawa seceria pesta besaran. Tetapi di sebalik ketenangan tersembunyi ombak taufan yang bisa membanjirkan alam ini. Kekeliruan adalah normal tetapi bisa juga menjadi kecacatan jika tidak berusaha mencari arah tujuan. Berjalan di atas garisan bukan bererti selamat ke destinasi. Bisa tersandung dan tersungkur rebah. Jika tersungkur, bangunlah lihat bawah dan jangan sentiasa mendongak. Susun langkah mengikut irama perpandukan firasat. Biarlah sepicisan kelebihan menjadi sesuatu kekuatan.

Aku Rindu Kamu.............


Remaja perut sasa

Di dalam kegelapan malam....kelihatan seorang pemuda yang berperut sasa dan berbadan separa tiptop sedang menghembuskan nafas berasap-asap ke udara. Sambil mengaru lututnya yang kegatalan akibat gigitan nyamuk di beranda rumah agam tidak terlalu mewah di atas sebuah bukit di pinggir ibu kota. Hanya cahaya suram-suram romantik yang menerangi malam di rumah agam itu. Kedengaran alunan musik klasik menjadikan suasana malam lebih romantik dan tenang. Pemuda yang berperut sasa dan berbadan separa tiptop itu yang hanya berseluar 3 suku dan tidak berbaju berbaring di atas kerusi empuk sambil mengusap-gusap perut yang agak seksi. "Aaah.........Aku memang terlalu kacak untuk menjadi seorang model"..bentaknya dengan bongkak............

P/s:Inilah akibatnya kalau banyak sangat masa terluang...

Senyum..

Subhanallah...Keajaiban disaat-saat aku sudah menyerah...!Alhamdullilah..atas rahmat Nya.

Jalan

Si gempal jauh berjalan,
Penat berhenti diperhentian,
Bidadari cantik mengoda iman,
Adakala terlena dibuai belaian,
Memesongkan tujuan,
Si gempal sesat dijalan yang terang,

Si gempal jauh berjalan,
Lelah akibat kesesatan,
Kini mencari jalan pulang,
Harap agar dibuka mata hati oleh NYA,
Agar tidak meraba di kala malam,
Agar lancar ketika siang,

Itu hari punya cerita....

Melepak di kedai mamak adalah satu hobi yang paling aku gemari sejak bergelar pelajar IPT. Tidak kisah kedai mamak tu ada skrin besar atau tidak ataupun ada wifi atau tidak. Asalkan makanan yang di hidangkan masuk dengan selera aku, aku akan pergi, kadang-kadang aku boleh lepak berjam-jam lamanya di kedai mamak seorang diri. Baiklah, berbalik pada perkara asal yang hendak aku ceritakan. Adalah satu hari tu, aku sedang menikmati makanan di kedai mamak yang biasa aku lepak, tiba-tiba aku di sapa oleh seorang yang aku kenali. Memang aku kenal tetapi hanya sekadar bersapa sahaja kalau terserempak. Dia dengan tanpa di ajak duduk di depan ku. Aku pun tak berapa nak ambil kisah sangat, yerlah mungkin dia berseorang dan jenis manusia yang berteman kalau makan. Setelah berbual kosong seketika, tiba-tiba dia menanyakan aku satu soalan yang bisa memerangkap ku untuk duduk lebih lama. Soalannya lebih kurang begini, "Kau nak jadi kaya tak". Sebagai manusia normal aku pun dengan selamba menjawab "siapa yang tak nak kaya bro". Dia lalu memberi jawapan balas yang memang sudah aku sangkakan,"aku nak bagi peluang kau jadi kaya, kau dengar je...mana tahu kau berminat". Adushhh....Aku dah kena lagi. Ini lah melayu memang sinonim dengan benda-benda cepat kaya. Aku dalam hati menjawab, aku sekarang lebih berminat melihat peha-peha gebu dan tumit-tumit kemerah-merahan yang terbentang menjamu mataku dari mendengar kau bercerita tentang susur galur macam mana nak buat duit dan mencari "downline". Aku yang sebagai melayu tipikal ini, yang tidak sampai hati hendak mengecilkan hati melayu yang lain pun mendengar sambil lewa dengan penerangan yang diberikan, hanya mengangguk jika perlu. Aku lebih berminat melihat peha-peha mulus gadis melayu di depan ku............sambil menendang-nendang kosong membetulkan saraf kaki yang kebas akibat duduk terlalu lama. Hari ini aku terkena. Tapi biarlah dia dengan cara dia. Mana tahu satu hari nanti dia berjaya menjadi jutawan. Bertambahlah lagi melayu yang jutawan dengan bisness berbekalkan fail, sebatang pen dan sehelai kertas............dan bermodalkan air liur....Seperti biasa, dia juga tidak dapat menyakinkan aku dengan ceramah kosongnya yang berbekal fail serta gambar testimoni melayu-melayu bergambar riak di tepi-tepi kereta mewah dengan berkepuk-kepuk duit di tangan.

P/s:Aku biarlah dengan cara aku,kamu juga dengan cara kamu. Aku hormat kamu,kamu juga perlu hormat aku......mudahkan....!

Mode belajar...

Sudah berkali-kali aku membelek-belek halaman buku ilmiah separa bergambar yang beratus-ratus helaian ini. Sudah berhari-hari cuba memahami isi kandungannya. Hanya segilintir ilmu dari buku itu yang singgah di dalam minda yang sedia lembap dan semakin bebal. Mungkin semakin hari aku semakin bebal ataupon sememangnya aku bebal..................Aku bersila dan menghembuskan kepulan-kepulan asap ke udara. Masih terngiang-ngiang lagi di cuping telinga akan kata-kata Ibu, "Belajar dengan mata hati, menuntut ilmu biar ikhlas jangan mengeluh". Aahhhh....sudah berkali-kali aku cuba memahami maksudnya.....mungkin aku tidak seperti ibu. Ibu genius, ibu bersemangat waja dan di sebabkan itu ibu pernah menjadi pelajar terbaik di zaman nya...

P/s:Mata semakin berat dan badan juga semakin berat..................;p

Hibernasi

Si gempal ini menyorotkan bantalnya yang separa lembik ke pipi. Lalu di lekapkan di pipi di dalam posisi mengiring.....!Selimut ditarik dan mata pun di pejam. Malam ini perlu dilayari dengan tidur yang lena dan enak...kerna esok siapa tahu si gempal ini tidak berpeluang untuk menikmati tidur yang sebegitu nekmat ini........

P/s:Selamat Malam kamu, dia dan kalian-kalian....bila bersua di alam mimpi jangan la segan-segan menyapa ku..................

Melayang............

Mendayu kedengaran alunan lagu ala pop korea dari alat pengeluar suara komputer riba milik teman sebilik ku, seolah-olah sama mengiringi terbangnya minda ku. Sambil merenung kosong kearah skrin komputer riba yang di hadiahkan oleh ayah hampir dua tahun lalu, di kala itu kenangan lama bermain-main diminda, dari kenangan yang manis hingga lah yang pahit. Telah jauh aku menyimpang, telah jauh aku bersinggah, banyak benda dan perkara aku abaikan dan aku persiakan. Banyak hukum yang aku khianati dan banyak insan telah aku sakiti. Semakin lama melayang jauh, semakin banyak titis-titis penyesalan menitis di jiwaku. Dunia ini memang agak susah difahami, tetapi bertambah susah lagi jika cuma hanya mahukan kemanisan dan kesempurnaan, biarlah masa silam menjadi lukisan yang pernah aku warnakan dan disimpan di bersama beribu lukisan di dalam arkib minda ini. Kini masa untuk mencorakkan lembaran canvas putih yang baru. Bagaimana hendak aku corakkan, biarlah bergantung pada diri aku sendiri. Jika aku sesat lagi, aku berharap, aku masih lagi berupaya untuk mencari jalan pulang. Masih jauh lagi perjalanan, masih banyak lagi persinggahan yang akan aku berhenti, masih banyak lagi yang belum aku terokai. "Aahhh, biarlah lamunan ini terhenti di sini.!" biarlah semua ini menjadi memori yang bisa aku kenang ..............................Secara perlahan-lahan Pandangan aku kelam......skrin komputer aku juga terpadam. Hanya bauan ubat penghalau nyamuk serta bunyi denguran kecil adalah penamat untuk hari ini. Hari esok Insyaallah masih menunggu aku untuk aku warnakan mengikut kehendak ku.......!

P/s: Adakalanya kita tidak perlu berlari untuk kegarisan penamat, cukuplah hanya berjalan dan pandang ke hadapan.......

Dia yang maha mengetahui

Aku berdiri...
Aku rukuk...
Aku sujud...
Aku duduk...
Seorangan...
Aku menadah tangan...
Berdialog dengan Nya...
Mengadu nasib...
Penuh harapan...
Agar ditunjukkan jalan...
Dibentangkan jalan yang bebas dari kegelapan..
Agar terhapus dosa-dosa...
Yang semakin memberat..
Menekan tubuh hina ini..

Pejam mata...........

Hisap rokok marlboro.....fushhhhhhhh..fushhhhhhhh.........!update status kat facebook guna iphone.........lepak berjam-jam dekat burger king cerita pasal f#ck kapitalis, f#ck government, f#ck mainstream..lepas tu gi tengok wayang cerita cintan kat tgv...shopping kat topman..pergh...memang radikal giler la ko nie....hahahaha......

Merapu.............

Agak lembap tetapi cekap,agak montok dan gebu tetapi cumel dan hensem....huhuhuh!;p

Sponsor and football club..........(funny)


Bisa perpanjangan

Ribut akan melanda,
Ooh Tuhan,
Berikan aku jalan,
Akan bisa ku teguh berdiri,
Menempuh dunia,
menempuh manusia,
Ya aku bongak dulu,
Ya aku terleka,
Tapi aku juga manusia,
Aku berharap,
Agar kewarasan pemikiran,
mengatasi semua............

Aku berada di dalam kota

Aku berada di dalam kota,
Yang berdebu,
Yang berlumpur,
Penuh dengan lendir-lendir nanah,
Dari yang mahu mati hingga yang baru merangkak,
Lali dengan dosa,
Biar esok mati,
Hari ini masih hidup,
Seronok dan juga kelangsungan hidup,

Aku berada di dalam kota,
Jauh menyimpang,
Tersesat di jalan yang sengaja aku lalui,
Mulai hanya sekadar mahu menjengah,
Tapi terjurumus juga,
Ingin aku berpatah balik,
Sebelah kaki ku melekat di tangga ke neraka,

Aku berada di dalam kota,
Terkhayal dalam kepungan asap-asap pendusta,
yang di hamburkan oleh sang pepari neraka tidak bersayap,
Aku jatuh terkulai,
Tergamam dan terpesona,
Di peruk celah-celah himpunan daging pembakar neraka,

Aku berada di dalam kota,
Sampai masa untuk mencari noktah,
Mencari jalan pulang kembali ke norma asal,
Akan ku pinta kepada NYA,
Seperti hari-hari biasa,
Biar aku di tunjukan peta untuk ku kembali,
Biar aku di limpahkan cahaya,
Agar aku tidak meraba dalam kegelapan.

Padang batu bata...........

Padang batu bata,
tenguh tetapi usang,
Kucing-kucing kesiangan berkeliaran,
mencari ikan-ikan busuk,
untuk santapan beradu,
kalimantang malap,
berdebu sudah berabad menyala,
menjadi saksi pelbagai cerita,
ada kisah disebalik tangga,
ke neraka dan juga syurga,
untuk sang pencari cinta palsu,
dilorong-lorong,
padang batu bata,
yang kian tenggelam hina,
dalam limpahan perhiasan duniawi,

Post merapu after raya

Alhamdulillah....kita dah pon smpi tengah2 syawal...!Asal petang aje hujan....rahmat tuhan...!Semua orang basah kuyup bila timpa hujan..tak kisah la...melayu marhain ke, cikgu yang baru posting ke, executive yg gaji nye tinggal balance rm50 time tengah bulan ke ataupon pegawai kerajaan yang anti kerajaan...semua nya kene hujan...!Hujan buat hati panas jadi sejuk, hujan buat mata kuyu.....hujan buat gua terasa nak makan goreng pisang dengan kopi kaw....Hujan juga buat gua rasa tido lebih baik dari buat asgnmt.....dulu masa gua kecik2..gua suka main sampan kertas time hujan......petang ni kalo hujan...gua rasa gua nak jogging la....hehehe!

P/s:Piranha,sesat,gadis cumel,happy.....hehehe!

Post merapu neo-raya

Lagi beberapa hari lagi umat islam akan menyambut eid fitri...Tapi gua still tak rasa spirit raya dalam diri gua....Gua kalo boleh tak nak cuti...huhuhu!Mungkin semakin meningkat umur gua.. spirit raya tu makin berkurang...ataupon skang ni mungkin gua ada komitmen yang lagi penting untuk gua settle kan dari memikirkan raya taun ni nak pakai baju apa, nak raya umah awek mana, nak collect duit raya braper juta, nak beli baju raya kat mana.....!Time raya ni gua ada 7 assingment yg gua kene siap kan....gua pon rasa nak balik umah parents gua pon malas.....Gua lagi suka stay dekat umah sewa gua...duduk...termenung...ada mood gua buat assignment...xder mood gua tido...bila rajin gua g skate......cukup time gua buka tak pon sahur.......Mungkin kot bler gua dh kawen...ada anak...spirit ni mungkin akan datang....yerlah semangat nak layan karenah anak2 time prepare nak raya........AAAAaahh....gua malas btul nak balik kampung.....malas btul nak makan kuih2 raya yg kalo pegi 40 rumah pon...kuih rupa sama...bentuk sama...(Sah2 kuih beli)...Gua rindu masa gua kecik2 dulu.....2 or 3 hari awal dh ada kt kampung.....Sepupu ramai...siap bergaduh..bertumbuk...bakar reban ayam....mandi sungai....curi makan kuih.kene lempang dengan ayah gua sebab mandi sungai..and paling best raya dapat duit.......!

SELAMAT HARI RAYA EID FITRI......MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA......

The Malay Mail Care Fund: Give Your Support NOW!!!

Malay Mail Sdn Bhd has recently set up ‘The Malay Mail Care Fund‘ which was launched on 19th August 2010 (Thursday). The objective of this fund is to provide financial assistance to Malaysians whoare sick, recovering from life-threatening illness, disabled, handicapped, infirmed or require medical treatment and who are poor and deserving, irrespective of the race, creed or religion. Donations (of any amount) will be much appreciated and can be transferred into ‘The Malay Mail Care Fund’ via its Maybank account 5123 3430 7421 or issue the cheque to ‘The Malay Mail Care Fund’. This trust account, managed by a Board of Trustees will be under the patronage of Datin Nafesah Raja Nong Chik. SkyAd.net together with UiTM students of 2010/2011 is proud to support the Malay Mail Care Fund and a donation drive will be held soon. For more information regarding the donation drive, please email sarimah@SkyAd.net

Click here for more details: http://www.skyad.net/fan/TLzskP

Slash oooooo slash....

Review:Konsert ni memang superb la...Slash perform memang cun..walaupon kantoi jugak la kadang2...hehehe!Vocalist suara memang superb.....vocalist alter brigde yang feat ngan slash ni memang agak hebat la kalo nak dibandingkan ngan axl rose....kalo perform live..mamat vocalist alter brigde ni punya suara memang mantap walaupon dah menjerit2 lebih 5 lagu...Playlist lagu konsert ni pon bleh layan jugak la.............Lagu-lagu legend macam sweet child o mine ngan pradise city memang berhantu beb..heheh!Tapi yang tak best nye...side performance dier...mcm opening act untuk slash dan dalam surat khabar tulis ada amy search....tapi xder pon gua tengok......!overall konsert ni gua bagi 4 bintang dari 5 la...

P/s:Gua jumper maria tunku sabri bawak anak-anak dier tgk konsert ni...Lu memang rock la aunty maria....hehehe!Lagi satu.....gua memang cuci mata abes la dengan ini konsert.....aduish...........!
Lelaki gendut yang comel lagi hensem.......menjadi pujaan dara-dara sunti...hahaha!

P.s:Gua memang bosan,demam,sakit,sibuk..bleh katakan semua lah yang duniawi2...!Pehal...lu orang ingat gua tak hensem ke....

Itu hari punya cerita.....

Dulu-dulu masa sekolah rendah..gua dan gua percaya korang semua mesti pikir nak masuk universitikan?cita-cita nak jadi doktor,engineer dan kalo tak pon at least dapat la pegang segulung ijazah dan dapat pakai jubah konvo pastu pakai topi empat segi tue...Kalo tengok citer-citer melayu dulu pon, kalo masuk universiti jek mesti bawak kehulur hilir buku text yang tebal2 ngan kepit fail kat ketiak tiap kali g kelas......Lepas kelas boleh g study kat library...leh lepak ngan awek kat kafe....Kat bilik ada board yg bleh tampal2 nota tue.....hehehe!Kalo dalam kelas, time soal jawab tu memang ilmiah betul lah.....sikit2, prof...sikit2 prof...hehehe!

Tapi itu dulu la time kecik2 dulu...!Skang ni gua dah masuk pon universiti,gua dh pon merasa pakai topi petak tu...gua dh merasa pakai jubah konvo...skang pon gua still study lagi....tapi tak penah plak gua kepit buku kehulur kehilir....bawak fail hari-hari...pakai kad matrik pon jarang2..heheh!Seumur idup gua study...xder plak gua ada board yg tampal2 nota tue..eheheh!Nota pon rojak dalam satu buku.........Tapi lepak ngan awek tu memang selalu buat lah..heheh!Kalo dalam kelas pon......selagi tak kene paksa jawab soklan.....takdernye gua nak tnya......!Memang fantasi jauh betul dari realiti......

P/s:Gua syukur gua bleh blaja sampai tahap ini...tapi dengan diploma atau ijazah mahupun PHD...blum menentukan yang aku,gua,kalian semua adalah manusia yang berjaya di dunia dan akhirat...blum tentu jugak menjadikan gua dan kalian semua sebagai seorang manusia yang betul-betul manusia......!Apahal ada PHD...tapi amek rasuah juta-juta.........

Kehilangan jejak..............

Bila terlalu mengejar ketamadunan, sifat kemanusiaan semakin di tinggal kan..............

P/s:Sedang mengorek hidung sambil menghembus asap-asap nikmat dari rokok cap helang berperisa ringan..................................memikirkan kan pelbagai kemungkinan realiti......

Kuat sembang...

Gua takder idea nak update...hehehe!Nanti-nanti gua update la ini blog...Gua sibuk nak sembang projek juta2 dengan samy vellu neh.....Chow dulu....

Itu hari punya cerita.....

waktu kelas sains darjah 6 di sebuah sekolah di daerah..sepang..berlatar belakang kan tahun 1998..Gua duduk di belakang budak perempuan yang paling cumel dan pandai masa tue kat dalam kelas..Berbunga-bunga jiwa.Walaupon belum akhil baligh masa tue dan gua tak tau langsung apa tu cinta, jauh skali pasal Maria ozama dan seangkatan dengannya. Senyuman si dia yang cumel ini cukup buat gua gugup dan jantung berdegup laju. Sepatah gua cakap,belum tentu lagi terjawab........

Sekitar awal tahun 2010...setelah hampir 11 tahun tak berjumpa...gua bertemu kembali dengan si dia yg comel..hhuhuhu!Kini si comel sudah menjadi wanita yang bijak dan ayu..Bijak berbicara, pintar, sepatah gua tanya soklan....satu buku teks jawapan nya...!Dan perasaan gua tetap sama seperti 11 tahun dulu............gugup dan berdegup laju......huhuhu!Tapi gua dan dia memang jauh berbeza...gua orang kebanyakan.....dia bakal menjadi seseorang....suatu hari nanti....

p/s:gua bukan minat dier..(sikit-sikit tu adalah)..heheheh!Gua sekarang kawan baik dengan dia...memang xder saper boleh menjangkakan masa depan.....Gua begini dan dia begitu...!

Sekali aku pejamkan mata....menghirup udara realiti..

Kadang kala hidup perlu serius........
Tapi terlalu serius boleh mematikan keceriaan...
Banyak berfikir juga boleh mendatangkan keraguan....
Membuat kan hati rasa gugup...
Untuk menempuh masa hadapan....

P/s:Hidup dengan seadanya..........tenang dan aman..........

Gua tengah tersengih sambil usap abdomen yang semakin membesar...ahhaa

Hidup gua sudah semakin slow..huhuhu!Pagi gi kelas sampai pukul 1130 pagi...balik tido...petang skate sampai sakit lutut...kalo tak skate pon gua tido jek...wahhhhhhhhh..heaven nye..langsung tiada kerisauan disitu...hahahaa!

P/s:Risau time nak pegi makan jek..tak taw nak makan dekat mana dan malas nak turun naik tangga...huhuhu

Minimal

Hidup itu mudah...
Jadi jangan lah cuba untuk menjadikannya suatu yang komplikated...
Senyum dan enjoy...
Yeaaaaaaaaaaaarghhhhhhh..hahhaa!
LAW of carriage....buat gua sawan..!hahahaha!

Tinggi-tinggi burung terbang,
tinggi lagi awan di langit,
Kalo nak makan burung goreng,
Jangan la makan burung yang terbang di langit,

P/s:Huhuhu....food is drugs...hahaha

Itu hari punya cerita


Bangun pagi gua buka peti ais.....gua keluar kan harta kesayangan gua dari peti ais...!Itu jam gua pegi sekolah dengan kembang idung dan hati yang berbunga-bunga...Jam Boy london gua dah berubah jadi warna biru...Abis satu kelas gua tunjuk...HUHUU!
P/s: Pergh.....rambut kilat sikat tepi, Muka bedak, seluar senteng pakai atas pusat, kasut bata, jam boy london memang stylo sungguh gua time tu..!huhuhu!

Itu hari punya cerita

Masa tadika..gua memang student paling peberet cikgu tadika gua.Sampaikan hari jadi gua pon cikgu tadika gua sanggup masak2 untuk raikan gua.Mungkin sebab gua tersangat cute dan innocent masa tu..(Chewahhhhh).Memang kalo time belajar semayang atau azan memang gua la jadi leader. Sampaikan cikgu tadika gua cakap esok bila dah besar Mohd Faiz ni akan jadi Ustaz tak pon tok imam.Hehhee!Siap adiah kan gua jubah ngan serban lagi.Memang besar harapan dier.Memang bercahaya jek muka gua time tu..Tengok lah selepas berbelas tahun...skang ni gua ada macam ustaz tak?memang jauh terpesong gua.Hehhehe!Manusia mampu merancang,DIA yang menentukan.....Tak dapat jadi ustaz pon xper la...Asal kan jangan jadi setan...!

P/s:Hahaha....ustaz perbender nye..dulu masa darjah 3 nervous nye pasal nak azan pakai mic siap gua bolah azan terbalik ...HUHUHu....

Ber monolog

Masing-masing ada interpresi sendiri.....setiap apa dipandang ikut kefahaman....bebas mengayakan apa sahaja...omangan kosong sekeliling seperti lalat-lalat yang hinggap sebentar di najis...Tempis saja mereka...Mereka bukan siapa.... "SUDIN HUSIN LOMPOYANG"

KEBIASAAN

Permulaan dengan kesongsangan di pengakhiran dan hidup ini sangat indah jika bukan hanya diserikan dengan hilai tawa...........................

Drama tak cukup sifat 1

alaaaaaa..lelaki boleh kahwin empat ape..!Kalau macam tu takat ada awek lapan orang apa salah nya..kata Abe Leman kepada Kak tonah merangkap girlfriend Abe Leman yang paling bongsu..!3 seken kedengaran lolongan sadis dari Abe Leman akibat di tumbuk bertubi-tubi oleh kak tonah.

P/s:Hajat hati memang la koi nok...!Koi pon tau aok semua pon nok..hahaha!Tapi dop mampu lohh koi nok jadi mace gini wehh.....

Quotes.............

"I'd rather be hated for who I am, than loved for who I am not."

"We have no right to express an opinion until we know all of the answers. "

KURT COBAIN

Berlari,merangkak

Satu dua tiga.......
Alif ba ta.......
A B C....
Aku boleh baca...
Aku boleh menulis....
Adalah ilmu sedikit...
Walaupun sepicisan micron...
Kadang-kadang takbur...
Mendabik dada...
Konon pandai segalanya...
Maaflah segalanya...
Ralat itu memang untuk aku...
Kutukan itu juga memang untuk aku...

HATI PANAH PETIR.............

SAYA SUKA TENGOK AWAK SENYUM...
SAYA SUKA TENGOK MATA AWAK...
SAYA SUKA TENGOK AWAK JELING...
SAYA SUKA TENGOK AWAK JELIR LIDAH...
HUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHU

Itu hari punyer citer...

Tengah sedap-sedap gua baring tengok citer pendekar musang si guntang kat ruang tamu umah gua...!Tetiba gua terdengar suara apek cina jual aiskrim lalu depan umah gua....!HUhuHU....Gua pon per lagi..dengan hanya berbekal kan seluar pendek tak berbaju berlari menerjah apek aiskrim tu..!Gua jerit...Apekkkkkkkkkkk....aiskrimmmmmmmmmmmm.....!Apek tu pon perlagi...ngan senyum lebar berhenti...!Sambil bertanya kepada gua "Aiskrim apa mau"..!Gua ngan selamber cakap...aiskrim paling mahal ada...!Nak 3...hehehe!Dapat jek aiskrim tu, gua terus cakap kat apek tu..Duit lu minta kat mak gua eh..!hehheeh!Perlagi mak gua ngan muka terpaksa dan hangin terpaksa la bayar aiskrim tu!HUhuhu.....dekat rm9 juga gua pow mak gua petang tu..!Maaf mak...tak sengaja nak pow mak...tapi time tu along baru darjah dua..mana der duit..!heheheh!

Penang trip v2

Penang ferry....
BBQ time ferringhi

Tu dia komtaq....hehee



Kapitan keling road........


Nasi kandaqqqqqqqqqqqqqq...





Penang trip v1

Pusing-pusing pulau.....Mai pekena kopi sat..

Cendoi penang....


Penang port.....









Pi penang.......

Esok Pi penang....!Punkoq bentoi..naik bus lak tue......!Pepehal pon...mai kene pesemboq sepinggan....dua.....hehehehe!


P/s:Pi pulau naik ferri,ceq dah penat dah ni....pi lepak ataih titi...dari pagi asyik berdiri....!hehehe

Shit face....

Gua bukan emo....dan gua tak nak emo....tapi sumpah gua benci tengok lu...gua rasa macam nak terajang jek lu...!

P/s:Pegi mampus la ngan ego lu.....You are nothing, just piece of shit stuck in the middle of the ass.......................
Kalau pasal duit....lawan pon bleh jadi kawannn...hahaha!Dunia2...........

P/s:Kalo aku banyak duit....memang aku upah John cena jadi personal trainer aku...hehehe

Burppppp..

Hampir lemas.............
Aku terbenam..........
terbenam dalam lautan sirap....
Berpaut di sekeping roti canai....
Cuba berenang ke tepian...
menuju ke daratan ayam goreng....
Ooooooh..indah nya mimpi..hehehe

Mantul.....

Aku memang suka cari penyakit.........hahahaa!Koya kental......esok...untuk esok punya cerita..!Wuhuuuuuuuuuuu
Aku memang bodoh lepaskan dia pergi............!


p/s:sekali lagi aku kemalangan.....parah yang tidak kelihatan..........!

Batu Giling= You Can't Always Get What You Want



I saw her today at a reception
A glass of wine in her hand
I knew she would meet her connection
At her feet was her footloose man

No, you can't always get what you want
You can't always get what you want
You can't always get what you want
And if you try sometime you find
You get what you need

I saw her today at the reception
A glass of wine in her hand
I knew she was gonna meet her connection
At her feet was her footloose man

You can't always get what you want
You can't always get what you want
You can't always get what you want
But if you try sometimes you might find
You get what you need

Oh yeah, hey hey hey, oh...

And I went down to the demonstration
To get my fair share of abuse
Singing, "We're gonna vent our frustration
If we don't we're gonna blow a 50-amp fuse"
Sing it to me now...

You can't always get what you want
You can't always get what you want
You can't always get what you want
But if you try sometimes well you just might find
You get what you need
Oh baby, yeah, yeah!

I went down to the Chelsea drugstore
To get your prescription filled
I was standing in line with Mr. Jimmy
And man, did he look pretty ill
We decided that we would have a soda
My favorite flavor, cherry red
I sung my song to Mr. Jimmy
Yeah, and he said one word to me, and that was "dead"
I said to him

You can't always get what you want, no!
You can't always get what you want (tell ya baby)
You can't always get what you want (no)
But if you try sometimes you just might find
You get what you need
Oh yes! Woo!

You get what you need--yeah, oh baby!
Oh yeah!

I saw her today at the reception
In her glass was a bleeding man
She was practiced at the art of deception
Well I could tell by her blood-stained hands

You can't always get what you want
You can't always get what you want
You can't always get what you want
But if you try sometimes you just might find
You just might find
You get what you need

You can't always get what you want (no, no baby)
You can't always get what you want
You can't always get what you want
But if you try sometimes you just might find
You just might find
You get what you need, ah yes...

Gua taw sebab apa gua makin gemuk..heheeh

Gua makan banyak....ari2 gua makan banyak.............Demmmmmmmmm..

Melayu sangat kah kau....

Melayu sangat kah kau...
kalau sekadar bekerja di institusi milik melayu yang penuh dengan melayu yang tak lagi melayu..

Melayu sangat kah kau...
Kalau sekadar hanya membeli barang buatan melayu dan di kedai milik melayu tapi memandu BMW dan Mercederz ke tempat kerja...

Melayu sangat kah kau...
Kalau sekadar menindas melayu lain kerana mendapat bantuan sedikit dari bukan melayu...

Melayu sangat kah kau...
Kalau sekadar memakai baju melayu hanya pada hari jumaat tetapi pakaian harian kau langsung tidak melayu...

Melayu sangat kah kau...
Bila kau yang menyokong melayu yang korup, penipu, yang hanya memetingkan perut mereka sendiri atas nama melayu....

Melayu sangat kah kau...
Bila nama kau adalah nama melayu dan ber bin kan melayu tetapi tidak ada sedikit pun sifat melayu kau ada dalam diri.

Daulat tuanku.........!

Butterfingers:Daulat tuanku..........

Hujan di tengah hari
Pakai payung emas
Lumpur yang terpalit
Dayang-dayang kemas
Belajar luar negeri
Duit tak pernah cemas
Setelah ditabalkan
Jodoh dengan puteri
Party hujung minggu
Kereta BMW
Cari gebu-gebu
Teman beradu

Junjung titah patik harap di ampun
Daulat Tuanku

Perempuan zaman modern nak ayam tambatan
Ataupun anak Sultan lupa daratan
Panchung sula rejam Woi!
Aku tak gentar
Lagi suciku ini milik rakyat jelata

Junjung titah patik harap di ampun
Daulat Tuanku

Oh! Janganlah murka
Dirgahayu takkan layu

Oh! Lagu ini takkan berhenti
OK jumpa lagi di lain hari
OK cuba lagi sampai mati
OK jumpa lagi barangkali
Janganlah cemas

P/s: Untuk menjadi melayu yang sudah tak melayu....!

Kunjungan rawk star ke rumah gua...!


Saya tisuuuuuuuu....

Metal giler kentang...hehehe


Menteknologi kan diri...


Pose ghairah untuk kapitalis......




Semalam rumah gua telah dikunjungi oleh rawk star yang memang makan pakai semua nye rawk..!Walau pon muka nyer tak der lah se rawk mana.....(macam boyband jek hehehe).Saksi kan lah aksi-aksi comel beliau...hehee..
P/s: Rock n roll and Solat..heheheh








Ghost rider dah cat motor kaler kuning..!hehehee!(Tribute to fatboy)

Motor seakan-akan milik ghost rider segamat...!Hehehee...


Segamat,11.01.2009- Warga segamat gempar dengan kehadiran motor jaguh berwarna kuning ke ehem2 an yang merayau-merayau diwaktu malam tanpa penunggang(Mungkin ada penunggang tapi penunggang dier tinted tu yang tak nampak tu..hehehe).Pada siang hari motor jaguh kuning ni jugak sering di temui di kedai-kedai yang menjual rokok seludup di sekitar segamat....!Beberapa tahun lepas...kejadian ini juga sering berlaku...tetapi motor jaguh misteri yang di tungangi oleh lelaki seakan-akan salman khan ini berwarna hijau lumut...!Mungkinkah ia adalah motor jaguh yang sama..hehehe!
P/s:Badek aku gurau jek..hehehe!Sorry eh..Rindu nak bawak fatboy ko nie...Kalo bleh kasi ada airbrush flame2 ckit la...Baru abang-abang..!hehhehe!
Akan usai segala kekusutan,
Akan terbuka gengaman,
Biar terlerai pautan,
Biar berhujan berpetir setelah berpanas,
Akan banjir seluruh wilayah,
Dan biar ia berhenti sendiri,
Meninggalkan runtuhan,

Happy new year 2010....

Selamat Tahun Baru.....!Azam tahun adalah nak kener cari azam..............heheheheheeeeeee!Poossssssseeeerrrrrrrrrrrr.............

Pages