Itu hari punya cerita....

Melepak di kedai mamak adalah satu hobi yang paling aku gemari sejak bergelar pelajar IPT. Tidak kisah kedai mamak tu ada skrin besar atau tidak ataupun ada wifi atau tidak. Asalkan makanan yang di hidangkan masuk dengan selera aku, aku akan pergi, kadang-kadang aku boleh lepak berjam-jam lamanya di kedai mamak seorang diri. Baiklah, berbalik pada perkara asal yang hendak aku ceritakan. Adalah satu hari tu, aku sedang menikmati makanan di kedai mamak yang biasa aku lepak, tiba-tiba aku di sapa oleh seorang yang aku kenali. Memang aku kenal tetapi hanya sekadar bersapa sahaja kalau terserempak. Dia dengan tanpa di ajak duduk di depan ku. Aku pun tak berapa nak ambil kisah sangat, yerlah mungkin dia berseorang dan jenis manusia yang berteman kalau makan. Setelah berbual kosong seketika, tiba-tiba dia menanyakan aku satu soalan yang bisa memerangkap ku untuk duduk lebih lama. Soalannya lebih kurang begini, "Kau nak jadi kaya tak". Sebagai manusia normal aku pun dengan selamba menjawab "siapa yang tak nak kaya bro". Dia lalu memberi jawapan balas yang memang sudah aku sangkakan,"aku nak bagi peluang kau jadi kaya, kau dengar je...mana tahu kau berminat". Adushhh....Aku dah kena lagi. Ini lah melayu memang sinonim dengan benda-benda cepat kaya. Aku dalam hati menjawab, aku sekarang lebih berminat melihat peha-peha gebu dan tumit-tumit kemerah-merahan yang terbentang menjamu mataku dari mendengar kau bercerita tentang susur galur macam mana nak buat duit dan mencari "downline". Aku yang sebagai melayu tipikal ini, yang tidak sampai hati hendak mengecilkan hati melayu yang lain pun mendengar sambil lewa dengan penerangan yang diberikan, hanya mengangguk jika perlu. Aku lebih berminat melihat peha-peha mulus gadis melayu di depan ku............sambil menendang-nendang kosong membetulkan saraf kaki yang kebas akibat duduk terlalu lama. Hari ini aku terkena. Tapi biarlah dia dengan cara dia. Mana tahu satu hari nanti dia berjaya menjadi jutawan. Bertambahlah lagi melayu yang jutawan dengan bisness berbekalkan fail, sebatang pen dan sehelai kertas............dan bermodalkan air liur....Seperti biasa, dia juga tidak dapat menyakinkan aku dengan ceramah kosongnya yang berbekal fail serta gambar testimoni melayu-melayu bergambar riak di tepi-tepi kereta mewah dengan berkepuk-kepuk duit di tangan.

P/s:Aku biarlah dengan cara aku,kamu juga dengan cara kamu. Aku hormat kamu,kamu juga perlu hormat aku......mudahkan....!

1 comments:

BadekGonzalez said...

hahahahahahhaa

kenaa!!!!!!

Pages