Melayu sangat kah kau....

Melayu sangat kah kau...
kalau sekadar bekerja di institusi milik melayu yang penuh dengan melayu yang tak lagi melayu..

Melayu sangat kah kau...
Kalau sekadar hanya membeli barang buatan melayu dan di kedai milik melayu tapi memandu BMW dan Mercederz ke tempat kerja...

Melayu sangat kah kau...
Kalau sekadar menindas melayu lain kerana mendapat bantuan sedikit dari bukan melayu...

Melayu sangat kah kau...
Kalau sekadar memakai baju melayu hanya pada hari jumaat tetapi pakaian harian kau langsung tidak melayu...

Melayu sangat kah kau...
Bila kau yang menyokong melayu yang korup, penipu, yang hanya memetingkan perut mereka sendiri atas nama melayu....

Melayu sangat kah kau...
Bila nama kau adalah nama melayu dan ber bin kan melayu tetapi tidak ada sedikit pun sifat melayu kau ada dalam diri.

0 comments:

Pages