Nasihat

Ermmm.Gua asyik post pasal benda-benda negatif jek lately....ni gua nak post benda positif skit.gua sebagai manusia yang gua rasa boleh di anggap tua juga dalam arena kutu mengkutu ni,gua ada beberapa nasihat yang gua rasa berguna untuk adik-adik,sista-sista, brother-brother kat luar sana..tapi ikut lu orang la kalau nak dengar ke tak.Ini based on pengalaman dan pergaulan gua sepanjang gua hidup selama dekat nak cecah 30 tahun.

Yang pertama untuk adik-adik yang baru lepas PMR:
Tahniah kepada yang berjaya dapat straight's A.Lepas ni boleh la mohon mana-mana sekolah berasrama penuh.Tapi perlu di ingat sekolah berasrama penuh ni memang gah tapi ramai jek kawan-kawan gua yang ke longkang bila masuk sekolah ni dan sekolah berasrama penuh belum tentu menjanjikan apa-apa kejayaan. Kalau dasar malas belajar...campak dekat mana pon tetap jadi sampah.Begitu juga sebaliknya.Bagi yang lulus cukup-cukup makan dan banyak fail.Relax,jauh lagi perjalanan hidup. Ada banyak lagi peperiksaan perlu di tempuhi.Ambil sebagai pengajaran,belajar rajin-rajin dan jangan rendah diri.

Yang kedua untuk adik-adik yang baru lepas SPM:
Enjoy la gap selepas spm ni sebelum dapat result spm ya.Kalau boleh kerja la buat sementara waktu,kumpul duit. Jangan susahkan mak bapak.Jangan merempit dan bercampur dengan budak tak tentu hala. Time ni la kalau nak beli handphone,beli moto,beli baju,beli kasut mahal-mahal. Tapi jangan terlalu asyik dengan duit gaji yang tak seberapa.Pelajaran tu penting. Nanti lepas dapat result, isi borang upu or borang nak masuk universiti sila isi mengikut tahap result lu orang.Kalau dapat result sekadar cukup-cukup makan jangan mengada nak minta course yang gempak-gempak. Kalau tak dapat IPTA try apply IPTS tapi make sure jangan ipts yang merapu-rapu.Kumpul duit sikit untuk pembelanjaan diri jangan nak harapkan 100% mak bapak(Melainkan mak bapak anda orang kaya gila babas) untuk sara diri sebelum dapat scholarship or loan. Bagi lu orang yang tak layak nak masuk u,jangan sedih-sedih, start cari kerja yang korang rasa secure or apply mana-mana pusat kemahiran.Ramai kawan-kawan gua yang belajar tak tinggi tapi hidup senang dari orang yang belajar tinggi-tinggi.

Ketiga untuk adik-adik yang baru dapat offer universiti or kolej untuk first time.
Pertama kali tak kira la lu orang asal dari mana,miskin ke,anak yatim ke...jangan terlalu rendah diri. Bila masuk kolej.Pilih kawan yang boleh bawa lu orang ke jalan yang betul. Gua tau lu orang baru kenal dunia, baru tahu erti hidup bebas, baru tahu erti betis gebu dan buah dada, baru tahu bau ganja, baru tahu budak universiti sebenarnya ramai yang kutu dari yang boleh pakai. Jadi jangan alpa dengan dunia baru. Jangan ponteng kelas ikut suka. Jangan lupa buat asignment, Jangan tinggal semayang. Kalau boleh score dalam semua quiz dan exam.Bagi yang first semester paper dah banyak kantoi.Jangan bimbang.Kalau ada peluang lagi. Sila usaha.Jangan quit setengah jalan.Jangan jadi macam gua, dekat 5 tahun baru dapat diploma.Macam celaka kan?kan?Make sure grad on time.kalau extend juga, jangan putus asa, jangan rendah diri. Usaha dan jangan buat benda mengarut-garut macam isap dadah,buat video bukan-bukan, pegi demonstrasi tak tentu hala.Ketepikan hal-hal politik. Fokus pada pelajaran. Time ni kalau nak cari awek..cari la..tapi ingat cari awek untuk buat bini.Cari awek yang support lu orang ke arah positif(contoh nya macam awek gua..hehehe). Jaga relationship....jangan nak omputeh sangat. Jangan nak jalang sangat. Jangan curi batu nisan.hahaaa...Kalau boleh berbaik dengan senior-senior yang berpikiran positif. Jangan nak bercampur sangat dengan senior-senior yang bukan-bukan walaupon diorang nampak cool.Jangan nak rebel pada  benda yang bukan-bukan. Time study ni la develop soft skills,brush up bahasa english,communication skill,writing skill...semua. Bagi yang berpeluang nak sambung tu seeloknya sambung la(Tapi perlu di ingat segulung diploma or ijazah belum menjanji apa-apa untuk lu orang hidup senang).Bagi pelajar yang diploma yang grad cukup-cukup makan tu gua saran kan lu orang sambung degree.Baiki pointer,baiki diri, sebab diploma yang pointer cukup-cukup makan macam tak de value apa-apa melainkan lu orang memang power dengan soft skill(ini pon pengalaman gua).

Keempat untuk adik-adik dan brother-sister yang dapat sambung degree,master,phd.
Bila berpeluang untuk sambung belajar untuk next level. Perlu ingat jangan sia-sia kan peluang yang ada.Make sure kalau grad above 3 pointer bagi degree. Kalau student master pulak biar grad bukan sekadar melepas batuk di tangga. Sebab value master korang tu nanti jadi tak berguna. Pada tahap ini korang perlu matang. Jangan jadi perangai budak sekolah menengah. Benda-benda yang buruk sila tinggalkan macam isap dadah,main judi, merempit, membohjan. Tumpukan pada pelajaran, sembayang jangan tinggal.Hormat lecturer,hormat orang tua.Duit loan or scholarship tu simpan sikit-sikit.Jangan bagi abis     untuk Joli,beli handphone,belanja betina-betina, beli spotrim, beli kasut mahal2 (melainkan lu anak orang kaya).Duit-duit ni nanti akan support korang untuk sementara waktu masa menganggur dan mencari kerja.Tak kan nak mengharapkan orang tua jugak.Cuba cari potensi diri, plan masa depan.Pilih jalan hidup korang....pikir 5 tahun akan datang. Gua berharap sangat pada level ini korang belajar la betul-betul, develop soft skill korang biar selari dengan kelulusan korang. Last skali jangan tanam sikap yang lepas grad ni korang senang nak dapat kerja dengan gaji ribu-ribu. Ramai jek kawan gua ada master,ada degree menganggur dan berkerja dengan gaji rm800 sebulan walaupon ada master(Time ni baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah).

Kelima untuk adik-adik dan brother sister yang baru lepas grad.
Okay,ini la masa yang paling kritikal, kita baru belajar nak hidup.Sebelum dapat kerja yang sesuai,kerja dulu dekat mana-mana.Jangan menganggur. Tapi gua nasihat kan jangan menganggur lebih dari 6 bulan or setahun sebab kalau menganggur lama-lama membuatkan market value degree or master korang turun.Kalau nak berehat sekejap boleh je.Pilih kerjaya korang, sama ada korang memang nak kerja dapat bidang yang korang belajar or nak discover bidang lain. Biasanya first real job korang akan menjadi yardstick untuk perjalanan kerjaya korang.Contohnya, kalau first job korang dalam bidang finance, maka perlu tanamkan azam(bukan manusia gemuk bernickname kan amuk ya) untuk jadi specialist dalam bidang itu. Tapi benda ni bukan wajib sebab biasanya first real job akan jadi pilot test untuk korang sama ada korang sesuai ke tak dalam bidang tu.Kalau rasa tak sesuai,quit saja,cari kerja baru...Tapi kalau setahun sampai 5 kerja lu orang quit,memang celaka ar. Dalam stage ini jiwa,minda,pegangan,keyakinan korang akan jadi amat kritikal. Korang maybe akan mengalami krisis hidup dalam mentransformasikan diri korang dari remaja kepada orang dewasa. Korang dah fikir pasal kawen,nak beli kereta, nak ada anak. Rasa jeles,dengki pada kawan-kawan yang berjaya dan sebagai nya. Gua sendiri mengaku yang gua belum lepas stage kelima ni. Hidup gua terkapai-kapai sebab salah percaturan. Gua cuma tak nak lu orang jadi macam gua.Itu aje.Dan lagi satu, gua nak highlightkan,tak salah nak pilih kerja,(kepala banar kepada orang-orang luar sana yang cakap banyak graduan menganggur tu memilih kerja, abis tu kalau dah belajar tinggi-tinggi ada degree ada master tak kan nak kerja sapu sampah kot. Hutang loan belajar sape nak bayar,masa abis bertahun-tahun dekat universiti sapa nak ganti), kaji dulu kerja yang korang nak mohon jangan main sebat jek, nanti merana diri (Base on real experience).Kalau korang nak tahu underemployment adalah salah satu masalah dalam sesebuah negara dan bagi aku underemployment adalah sebahagian dari unemployment sebab dalam theory economics underemployment adalah hidden unemployment.


P/s:Hidup memang rasa tak adil bagi sesetengah orang, tapi nak buat macam mana..itu la kehidupan. Bila susah baru rasa tak adil.Bila senang dengan tuhan pon lupa. Nikmat tuhan kadang-kadang buat kita lupa, bila    tuhan tarik balik nikmat tu,macam-macam kita rebel. Tapi itu la kehidupan, lelebih lagi manusia  yang gagalis macam gua ni.


Yang benar
XmatapejamcelikX
Melayu Gagalis total.




0 comments:

Pages