Sepi

Malam ini walaupon sepi,
tetapi ia sungguh indah,
se indah senyuman sang bidadari,
ke indahan ini hanya aku dan dia saja yang tahu,
walaupon hanya untuk seketika,
tapi ia sungguh mengasyikkan,
sehinggakan minda ku menari-nari,
bagai meraikan ketenangan yang hadir ini,
ku pejam mata,
ku hela nafas,
ku terbang dalam khayalan,
khayalan yang mampu menenangkan jiwa,
biarkan saja khayalan itu hadir,
kerana ia akan hilang keesokkannya.

1 comments:

farysaSINSabell said...

Sepi mungkin adalah satu dari sejuta keindahan yang perlu ditafsir berpaksikan kewarasan akal...Sepi juga adalah satu filem yang bagus mesejnya dan Afdlin Shauki berjaya menjiwai watak dengan amat berkesan...

Pages