Gua bukan seorang yang puitis 3

Sudah sekian lama gua di humban ke neraka oleh manusia,
Tanpa neraca dan ruang membela gua di hukum,
Karma juga bergerak seiring,
Seiring dugapan deras jantung yang mengepam darah,
Gua kelam di satu sudut,
Sesat di permulaan yang gua tidak tahu mana akhirnya

P/s:Jika gua ini lu anggap tahi,gua rela di humban di dalam lubang najis, Jika di dunia gua tidak rasa manis.Gua harap di sana gua masih di beri peluang untuk merasa nikmat.

Aku bukan mengeluh,cuma mungkin kurang bersyukur barangkali.

Gua bukan seorang yang puitis 2

Sang bidadari,
mungkin dah sampai masa untuk gua lepaskan,
kau terbang bebas mencari syurga sendiri,
di sisi gua tiada lagi wujud syurga untuk kau,
gua hanya lelaki yang selayaknya dibenam jauh-jauh dalam dasar perut bumi,

Sang bidadari,
Jangan kau gusar tentang hati gua,
biarkan ia mati seperti mana matinya cita-cita gua,
tiada satu mimpi pon kita dapat bersama,
inikan pula di dunia nyata,

P/s:Bukan gua tidak mencuba,tetapi tiap kali cubaan gua,ada sahaja bala menimpa...ataupon sudah memang diri gua ini penuh sial...sial yang tak kan dapat di cuci.Terbanglah kau,lebarkan sayap mu....biar gua disini.

Gua bukan seorang yang puitis

Semakin lama gua cuba berdiam diri dan mengikut gerak arus,
makin banyak persoalan yang timbul dibenak hati gua,
Semakin gua cuba menerima,
Semakin kuat hati gua cuba memberontak,
Gua semakin tersepit,

P/s:Mungkin hidup gua ini hanya untuk melihat ke durjanaan dunia,gua pon tidak tahu....Dia sebaik-baik perancangan dan gua cuba menjadi rela serta mencari redha....

Monoloq

"Ramai yang lebih berkokok dari tempur"

P/s:Bila masing-masing sibuk menuding jari pada siapa yang salah dan siapa yang betul.Sibuk menjadi hakim menghukum manusia ke neraka tanpa usul.Sampai menindas golongan yang hanya dianggap lalat menghurung najis.Yang hanya di tatang jika ada kepentingan dan di buang jika mereka sudah dijulang.Sampai sekarang gua masih tidak faham bila bangsa menjadi perkara pokok dan agama hanya ada pada majlis perkebumian dan perkahwinan,Apa akan terjadi pada si jahil dan si lemah seperti gua dan mereka-mereka di luar sana?

Lyrical Abuse 2

Lihat poket,
Kosong tiada apa,
Penat lari laju tidak kemana,
Baik berhenti seketika,
Asal jangan putus asa,

Bukan mau merungut,
Atau mau dimanja,
Cuma biasala manusia,
Bila datang bala,
Salahkan semua benda,

Yang lari laju,
Silalah toleh dibelakang,
Harap lah bantu,
Manusia yang di belakang,

Sapa tahu berkat kongsi,
Segengam boleh jadi satu bendang,
Bukan hanya nak cerita gebang,
Kalau tak puas hati aku rela di teranjang.

P/s:Jalan hidup manusia berbeza-beza,usah la nak mendabik dada mengaku siapa yang lebih raja.

Lyrical abuse 1

2013 aku masih begini,
Orang memegang kunci ferrari dan fairlady,
Aku masih setia dengan LC,
Manusia bergerak laju bagai supersonic,
Aku masih termangu-mangu membuka kitab menghafal lirik,

2013 aku masih begini,
Orang berbicara bisness berjuta-juta,
aku hanya macai gelandagan berpenyakit kusta,
Manusia sudah berperanti pintar,
Aku masih setia dengan telefon berikat getah

2013 aku masih begini
Orang sibuk mengejar kuasa dan takhta,
Aku masih macai yang ketandusan idea,
Manusia sibuk mengejar dunia,
Aku masih mencari erti manusia,

2013 aku masih begini
Orang sibuk berbahagia bersama famalia,
aku masih berlinang air mata mencari dimana bahagia
Manusia sibuk mengira dollar,
Aku masih kanak-kanak yang bahagia bila diberi gula-gula


P/s:Hidup bukan sekadar untuk bahagia di dunia.Hidup untuk mencari redha.Hidup bukan hanya untuk bersyukur dengan segala nikmat pemberiannya,kita patut bersyukur pada bala menimpa.Sapa tahu hari ini berkapcai esok kita punya bala tentera berkereta 950 horsepower.

XmatapejamcelikX
Melayu alpa

H.I.D.U.P.2

Alhamdulillah,
Hari ini aku masih boleh berdiri,
Mengorak langkah bertebaran di bumi tuhan,
Aku harap alpa ku yang panjang ini akan sampai ke penghujung,
Dan aku masih mencari.

P/s:aku tidak mampu menghadap mu tuhan dengan berkeadaan jahil dan alpa sebegini sekiranya aku dijemput untuk menghadap mu ....ampun kan hambu mu ini.

H.I.D.U.P

Dua puluh tujuh bukan angka sedikit, tapi gua masih takut memikir masa depan diri sendiri.

P/s:Perancang tuhan itu sangat indah dan teliti,Dia tahu bila di Dia hendak memberi dan menarik balik segala nikmat.Cari lah Dia moga senang di jalanan.

Padia ang nak habaq?

Melayu Gemuk dengan Nasi lemak memang tak boleh dipisahkan,
Umpama Hishamuddin rais dan ISA....

P/s:Ang tak kenai Hishamuddin rais ni sapa?ang google la sendiri...hahaha

Ini bukan soalnya

Maafkan gua,
kerana mawar layu tanpa dijaga,
dan kerana gua yang cuba memetik mawar itu,

Maafkan gua,
Kerana gua tahu mawar itu berduri
dan gua serta kamu terluka dek terkena duri

Maafkan gua
kerana gua cuma impikan sekuntum bunga
dan gua akan pastikan ia tidak berduri

Maafkan gua
kerana gua cuma ingin bahagia
dan tidak terluka lagi

P/s:Andai satu masa gua sudah tidak mampu menahan luka....gua terpaksa membuang mawar ini jauh-jauh...gua harap kamu jangan bersedih.Pergi la mencari kebahagiaan diluar sana kerana sesungguh kamu memang layak untuk bahagia.


Pengebumian Jiwa

Di upacara pengebumian jiwa,
senak benak jiwa meronta,
yang manis berpuluh tahun,
kini kelat karna satu perkara,
dan jiwa-jiwa manusia sesat,
berduyun-duyun insaf dalam kepuraan,
sebenarnya esok masih tenggelam,
dengan tarikan gemerlapan neon fana,


P/s:Bercakap tentang jiwa memang tiada noktah, sembangnya sungguh infiniti

berkaca

di sebalik siang hari yang terik terang di pancari cahaya matahari...ada jugak manusia yang masih kegelapan dalam kesiangan...


P/s:minda tepu.....jiwa kosong

Selamat.....

Selamat dan tahniah gua ucapkan kepada Fahmi iaitu adik kedua gua kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga. Sumpah gua bangga dengan lu walaupun gua tak penah cakap yang gua bangga dengan lu. Gua minta maaf sebab gua tak dapat nak bagi lu apa-apa hatta hadiah yang bernilai rm2 pon gua tak termampu. Lu pon tahu keadaan gua sekarang, dan lu pon tahu yang selalu bagi bantuan kewangan masa gua susah pon lu jugak walaupun lu dengan gua memang tak sehaluan..... Tapi lu tetap adik gua dan gua sayang lu walaupun gua tak penah cakap.




P/s:Gua percaya adik gua tak pernah tahu pun gua menulis blog.....Congratz bro....

Apa??

Lu orang nak tahu, macam mana rasanya tiap kali lu orang buka mata dan lu orang sendiri tahu yang hari tu bukan hari lu orang dan lebih menyedihkan hidup lu orang sengsara sebab nak bagi orang lain tersenyum. Dan orang yang tersenyum tu hanya pandang lu orang macam pandang najis busuk yang membawa penyakit. Memang terasa macam celaka kalau hari-hari berterusan macam ni.


P/s: Hey,gua ada hak hidup normal macam lu orang la(itupun kalau lu orang pikir gua ni manusia dan bukan anjing)



XmatapejamcelikX
Manusiakurangdiajar

Mencantum deraian kaca..

"Ya  Allah kau permudahkan lah segala urusan hambamu ini....Amin.."





P/s:Kelaut macam mana pon gua, selongkang macam mana pon hidup......Gua tahu tuhan itu maha mengetahui dan maha mengasihi....gua berharap rahmatNYA tidak pernah jauh dari gua.

Mencari

Wajahku yang hodoh dan hina
tidak layak Engkau tatapi
Wajah Mu yang cantik berseri
tidak layak aku tatapi
di atas tangga rumah Mu aku terlena
dengan harapan mataku tidak terbuka lagi
kerana aku tidak tahan merindui Mu.




Aduhai

Para pak menteri sibuk canang negara sekarang berpendapatan tinggi...kepala bana korang la... Negara dengan pendapatan korang jek yang tinggi.Abis rakyat bawahan ni bergolok bergadai nak sabung idup tiap bulan tu korang tak amik kira......memang celaka...


P/s:Banyak rakyat hati dah mati, dada sebak tiap hari.........

Roti dan hati

Hati rasa di hiris-hiris bagai roti dan di celup dengan kopi ais yang sangat sejuk lalu di kunyah rakus oleh mamak bermulut busuk berselang seli dengan sedutan rokok astro yang tengik....Macam tu la agak nya kalau nak gambarkan betapa sakitnya otak aku sekarang..hahahaa.....celaka apa posting jiwa-jiwa..phuuuiii


P/s:Tiada mamak yang teraniaya atau terseksa didalam pos ini.Harap maklum ya...


Gua rasa gua makin hari makin sakit...


Syukur

Bersyukur lebih tinggi darjatnya dari bersabar, ramai boleh bersabar tapi tidak ramai yang boleh bersyukur pada hakikatnya.


P/s:Hidup sesat barat tanpa bersyukur, aku antara manusia yang paling tidak bersyukur....

Abnormalist

Kau tahu bagaimana rasanya bila sesuatu yang kau percaya,sesuatu yang kau perjuangkan bermatian- matian di pijak, di ludah dan di terajang bagaikan sampah yang tak patut wujud. Kau di jatuh hukum durhaka kerana cita-cita dan ke percaya sehinggakan kau tak mampu nak bermimpi dan mengharap. Hinggakan kau tak mampu nak percaya pada apa-apa zat. Terpadam cahaya jiwa yang menanti hanya neraka.....Itu memang celaka.


P/s:Kau perlukan cahaya,kau perlukan sedikit gembira. Kan senang kalau manusia ada butang memilih perasaan. Nescaya aku akan gembira sampai akhir.

Redemption - Kejutkan aku



kejutkan aku
sedarkan aku
dari mimpi-mimpi ku
dari alam khayal ku

aku masih mencari
erti hidup ini
di perjalanan yg berliku
kanan atau kiri?

aku masih buntu
fikirkan masa depanku
namun hidup harus ku tempuh
walau sukar bagiku

kejutkan aku
sedarkan aku
dari mimpi-mimpi ku
dari alam khayal ku

mencari, mencari, mencari
dan terus mencari..
hadirlah oh sinar
terangilah hidupku

mencari, mencari, mencari
dan terus mencari..
hadirlah sinar
dalam hidupku

kejutkan aku
sedarkan aku
dari mimpi-mimpi ku
dari alam khayal ku

aku masih mencari
erti hidup ini
diperjalanan yg berliku
kanan atau kiri?

aku masih buntu
fikirkan masa depanku
namun hidup harusku tempuh
walau sukar bagiku

kejutkan aku
kejutkan lah aku
dari alam khayal ku


P/s:Di sana ada jambatan untuk keseberang, tetapi kaki ku terpasak di bumi lumpuh tidak dapat bergerak..

27 Gerhana hati

"Kalau hari ini aku kembali, dengan baju kumal jeans lusuh bertampal, rambut ikal mengurai ke pundak, karung berisi helaian pakaian tak berganti, siapakah yang bakal menyambutku.." from Amirul Fakir's Sajak-sajak Naif, 1989

P/s:Resah gelisah hati doa belum bersambut,aku berharap jika nasib ku merempat di jalanan, masih ada sahabat yang mengaku aku kawannya ataupon setidak-tidaknya tidak memalingkan muka jika terserempak dengan si pencacai hina ini.


Hari kejadian kali ini hanyalah sekadar penambahan angka,yang lain hanyalah celaka.

Gua masih....


2013 Masih Londeh......hahhahahaahaa

P/s:Gua rasa gua dah tak boleh pakai seluar atas pusat la.....Last gua pakai seluar atas pusat masa form  3(11 tahun dulu).Memang celaka umur dah lanjut mengelebeh sana sini...hahahaa...

Yang dipijak dan terpijak

Mereka bukan manusia, Mereka adalah kuasa, Mana mungkin mereka merasakan masalah orang kecil. Mungkin kerna perut mereka sentiasa kenyang hinggakan sukar untuk merasa kelaparan orang lain.


P/s: Ku berdiri di sini, meludah pada diri sendiri.

Aku

Cuba dekatkan diri dengan tuhan, biar terang jiwa yang gelap, biar tenang hati yang berkecamuk...

P/s:Sudah lama aku me'rebel'kan pada yang bukan-bukan.

Re al li ti

Jelas realiti itu sakit, jelas minda sakit ini belum bersedia menerima tamparan realiti...Kan mudah, kalau semuanya boleh dibuang dan di gapai sekiranya mahu.

P/s:Gua sakit

Pages