Berkerut dahi menikmatan nikmat curut Cuba yang dihadiahkan oleh seorang rakan. Berkepul-kepul asap keudara. Seorang lelaki gempal sedang asyik termenung di kala cahaya matahari baru saja menerjah jendela. Tenang keadaannya di rumah agam mewah di atas bukit di pinggiran kota. Lelaki gempal yang agak tidak kurang kacaknya itu hanya memakai baju tidur yang sudah seminggu tidak dibasuh. Di dalam ketenangan riak wajah nya jelas kelihatan kegusaran. Pemikirannya melayang-layang melayan perasaan gusarnya....Lelaki gempal itu bermonolog sendiri.."Ah biarlah dunia ini penuh dengan orang kurang cerdik tapi cuba berlagak cerdik, biarlah dirinya yang kurang cerdik ini mendiamkan diri dari bersuara untuk memperlihatkan ketidak cerdikannya di khalayak ramai.."..
Normal
Mata kuyu seredup dan setenang cuaca mendung pagi di pergunungan. Senyuman dan hilai tawa seceria pesta besaran. Tetapi di sebalik ketenangan tersembunyi ombak taufan yang bisa membanjirkan alam ini. Kekeliruan adalah normal tetapi bisa juga menjadi kecacatan jika tidak berusaha mencari arah tujuan. Berjalan di atas garisan bukan bererti selamat ke destinasi. Bisa tersandung dan tersungkur rebah. Jika tersungkur, bangunlah lihat bawah dan jangan sentiasa mendongak. Susun langkah mengikut irama perpandukan firasat. Biarlah sepicisan kelebihan menjadi sesuatu kekuatan.
Remaja perut sasa
Di dalam kegelapan malam....kelihatan seorang pemuda yang berperut sasa dan berbadan separa tiptop sedang menghembuskan nafas berasap-asap ke udara. Sambil mengaru lututnya yang kegatalan akibat gigitan nyamuk di beranda rumah agam tidak terlalu mewah di atas sebuah bukit di pinggir ibu kota. Hanya cahaya suram-suram romantik yang menerangi malam di rumah agam itu. Kedengaran alunan musik klasik menjadikan suasana malam lebih romantik dan tenang. Pemuda yang berperut sasa dan berbadan separa tiptop itu yang hanya berseluar 3 suku dan tidak berbaju berbaring di atas kerusi empuk sambil mengusap-gusap perut yang agak seksi. "Aaah.........Aku memang terlalu kacak untuk menjadi seorang model"..bentaknya dengan bongkak............
P/s:Inilah akibatnya kalau banyak sangat masa terluang...
P/s:Inilah akibatnya kalau banyak sangat masa terluang...
Jalan
Si gempal jauh berjalan,
Penat berhenti diperhentian,
Bidadari cantik mengoda iman,
Adakala terlena dibuai belaian,
Memesongkan tujuan,
Si gempal sesat dijalan yang terang,
Si gempal jauh berjalan,
Lelah akibat kesesatan,
Kini mencari jalan pulang,
Harap agar dibuka mata hati oleh NYA,
Agar tidak meraba di kala malam,
Agar lancar ketika siang,
Penat berhenti diperhentian,
Bidadari cantik mengoda iman,
Adakala terlena dibuai belaian,
Memesongkan tujuan,
Si gempal sesat dijalan yang terang,
Si gempal jauh berjalan,
Lelah akibat kesesatan,
Kini mencari jalan pulang,
Harap agar dibuka mata hati oleh NYA,
Agar tidak meraba di kala malam,
Agar lancar ketika siang,
Itu hari punya cerita....
Melepak di kedai mamak adalah satu hobi yang paling aku gemari sejak bergelar pelajar IPT. Tidak kisah kedai mamak tu ada skrin besar atau tidak ataupun ada wifi atau tidak. Asalkan makanan yang di hidangkan masuk dengan selera aku, aku akan pergi, kadang-kadang aku boleh lepak berjam-jam lamanya di kedai mamak seorang diri. Baiklah, berbalik pada perkara asal yang hendak aku ceritakan. Adalah satu hari tu, aku sedang menikmati makanan di kedai mamak yang biasa aku lepak, tiba-tiba aku di sapa oleh seorang yang aku kenali. Memang aku kenal tetapi hanya sekadar bersapa sahaja kalau terserempak. Dia dengan tanpa di ajak duduk di depan ku. Aku pun tak berapa nak ambil kisah sangat, yerlah mungkin dia berseorang dan jenis manusia yang berteman kalau makan. Setelah berbual kosong seketika, tiba-tiba dia menanyakan aku satu soalan yang bisa memerangkap ku untuk duduk lebih lama. Soalannya lebih kurang begini, "Kau nak jadi kaya tak". Sebagai manusia normal aku pun dengan selamba menjawab "siapa yang tak nak kaya bro". Dia lalu memberi jawapan balas yang memang sudah aku sangkakan,"aku nak bagi peluang kau jadi kaya, kau dengar je...mana tahu kau berminat". Adushhh....Aku dah kena lagi. Ini lah melayu memang sinonim dengan benda-benda cepat kaya. Aku dalam hati menjawab, aku sekarang lebih berminat melihat peha-peha gebu dan tumit-tumit kemerah-merahan yang terbentang menjamu mataku dari mendengar kau bercerita tentang susur galur macam mana nak buat duit dan mencari "downline". Aku yang sebagai melayu tipikal ini, yang tidak sampai hati hendak mengecilkan hati melayu yang lain pun mendengar sambil lewa dengan penerangan yang diberikan, hanya mengangguk jika perlu. Aku lebih berminat melihat peha-peha mulus gadis melayu di depan ku............sambil menendang-nendang kosong membetulkan saraf kaki yang kebas akibat duduk terlalu lama. Hari ini aku terkena. Tapi biarlah dia dengan cara dia. Mana tahu satu hari nanti dia berjaya menjadi jutawan. Bertambahlah lagi melayu yang jutawan dengan bisness berbekalkan fail, sebatang pen dan sehelai kertas............dan bermodalkan air liur....Seperti biasa, dia juga tidak dapat menyakinkan aku dengan ceramah kosongnya yang berbekal fail serta gambar testimoni melayu-melayu bergambar riak di tepi-tepi kereta mewah dengan berkepuk-kepuk duit di tangan.
P/s:Aku biarlah dengan cara aku,kamu juga dengan cara kamu. Aku hormat kamu,kamu juga perlu hormat aku......mudahkan....!