Nak kata jahat sangat
Taklah macam iblis
Nak kata baik sangat
Taklah macam malaikat
Macam orang kebanyakan
Manusia biasa makhluk Tuhan
Nak lepas pandangan
Mengekori umpama bayangan
Nak tegur mengingatkan
Kawan bisa menjadi lawan
Makhlus Tuhan berpasangan
Sering beriringan
Bergandingan
Ya makhluk Tuhan berpasangan
Bukan lesen untuk tangan nak jadi ringan
Jelajah celah rimbunan hutan simpan
Yang kanan dihayunkan
Yang kiri di kesampingan
Ya mkhluk Tuhan berpasangan
Bukan ke mana saja berduaan
Adakala perlu bersendirian
Ya makhluk Tuhan berpasangan
Ada jari jahat bergelindangan
Ada juga sanggup kedinginan
Melakukan penetasan
Ada juga ringan bercumbuan
Melakukan era pembiakan
Ada juga nampak bergoncangan
Macam nak mengawan
Ada juga saling bergosokan
Katanya mahu memanaskan badan
Ada juga suka bergesaran
Rasa macam tak keruan
Ada juga dok berdayungan
Alasan bocor di tengah jalan
Ada juga hobi berkepitan
Mahukan satu kepastian
Ada juga bertenggekan
Ada juga yang bergelimpangan
Melakukan aktiviti pementasan
Tak boleh tahan
Ada juga bergelutan
Terkenal erti keaiban
Ada juga laku kelancangan
Terpacul bazir kecairan
Ada juga kelalaian
Pastinya undang keberahian
Ada juga menerjah keharmonian
Tak tahu apa erti kehormatan
Ada juga di awang-awangan
Tau-tau ada kebasahan
Ada juga nampak pertindanan
Pura-pura lupa keterbatasan
Ada juga menerjah sembarangan
Itulah dia gandingan
Cipan jantan dan ayam hutam
Buaya Iran dan ikan haruan
Babi hutan dan babi ternakan
Anjing jiran dan anjing rakan
Jantan tolol dan betina bahlol
Ini bukan satu rekaan
Masih ada di taman-taman
Berkeliaran
Bertaburan
0 comments:
Post a Comment