Jingsaw puzzle...

Memang banyak perkara yang sukar untuk dirungkaikan...kerana kehidupan bagai sebuah permainan jingsaw puzzle...setiap serpihan memain kan peranan penting dalam satu gambaran besar kehidupan...walaupun sehalus mana serpihan itu...ia amat penting untuk menjadikan kehidupan satu gambaran lengkap...tetapi aku percaya tak ada seorang pun di dunia ini yang dapat menghabiskan sebuah jingsaw puzzle kehidupan......Bagi aku jika kita tidak dapat mencari serpihan pertama, kita cari pulak serpihan kedua...begitu la seterusnya..biarlah jigsaw puzzle kehidupan kita penuh dengan petak-petak kosong.......kerana yang tertinggal biarlah tertinggal...apa yang sempat dicapai kita capai.....sebab bukan semua gambaran itu bisa menjadi milik kita..........

P/s:Aku tidak mengejar kesempurnaan, kerana bagi insan seperti aku kesempurnaan adalah satu
tahap yang mana amat jauh dari capaian minda.....Bersyukur dan cukuplah dengan sekadar ada....
kalau lebih.......adalah satu bonus dari Nya...;p

Tribute To Logix.....

We are power puff Guy...;p
Zaman muda-muda
Zaman muda lagi sikit(2007)
Zaman muda-muda jugak(2007):Balik skate kene dengar ceramah MLM..;p
Kisah hidup kita bertiga
kita sahaja yang tahu
ketawa dan tangis kita
Jatuh bangun kita
Walaupun suatu hari nanti
kita akan mencari hala tuju masing-masing
Persahabatan kita tetap di hati
Moga-moga kita bertiga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat wahai sahabat...
Friendship never ending.......

P/s:Badek:nanti kita beli ducati monster eh.maaf la sebab selalu menyusahkan kau.heheee
Tocau:Nanti biler dah famous...aku nak autograph.Maaf taw kalau terkasar bahasa kadang2..;p

Khilaf

Bila hidup kurang bersyukur dengan apa yang ada, akan menjadikan kehidupan seharian terasa miserable. Padahal ramai lagi insan diluar sana yang hidup lagi perit tetapi masih lagi tahu bersyukur dan redha. Bila jiwa tidak dapat menerima hakikat, sebagai manusia biasa yang iman nya mungkin sebesar zarah wujudnya, aku pon bisa terbabas mencari ketenangan dengan cara
yang tidak sepatutnya.

P/S:Memang bukan ketenangan seperti ini yang aku cari, meracik mencari khayalan dalam kepulan asap tengik....Berterbangan dalam keadaan serba ringan dah perlahan, senyuman palsu terbit tanpa dipaksa.............masa menjadi lambat dalam buaian khayal....Maaf Kan aku Tuhan... Manusia jahil yang banyak ke khilafan...
Senyuman itu berbisa,
Bisa meracuni jiwa,
Bisa membuat adam seperti disyurga,
Terpesona dengan racun dunia...
Kalau dah luka janganlah dicurahkan cuka,
Kalau dah terbakar jangan dicurahkan lagi minyak,
Kalau anak boleh jadi bapak,
Jangan lupa yang bapak boleh dibudak-budakkan,

Awan dan Awangan

Di pinggir kota,
Di bawah awan yang sama,
Hanya tinggal secebis manisan dan haruman,
Hampir tidak terasa dan terbau,
Hati merah dulunya lembut umpama kapas,
Kini keras kering ibarat ibarat sungai kegersangan,
Entah mana pintu syurga atau neraka hendak dituju,
Diluar nampak utuh,
Didalam hancur berkecai seperti serpihan kaca,

Pardon Me....

Di sebalik celahah susunan lori.....duduk termenung seorang lelaki gempal di atas tailgate..memerhatikan sekeliling.Merenung kosong ke pintu bay sambil bermonolog,
"Keadaan yang memaksa seseorang itu menjadi racist"..




P/s:
Dear boss....
sorry i absence today....f@#k You
*Aku dah Hilang Spirit raya*

Daricelahekzos lori warnaoren.....

Alhamdulillah..
Dah dekat 3 minggu gua start keje..walaupon gua keje mengkayakan cina...tapi atleast rezeki halal kan.Gua keje ngan Syarikat logistic tiong nam..keje gua dari panjat lori,buat document,bergaduh dengan driver truck,kene hamun dengan driver truck,tukang tadah kene tiaw dengan customer dan jugak boss........


P/s:Demm....truck driver pendapatan bulan2 paling busuk 3k dan ..sampai ada yang mampu pakai estima dan R1...Skang sape yang executive ni..gua or truck driver........Kalo macam ni...gua pon nak jadi truck driver la...

BLLSHT

K-POP EQUAL BULLSHIT..........


P/s:sambil melayan liuk lentuk tarian video clip wondergirl.... I want nobody nobody But You..
na na na na...ehheheeee...dem

Lelakigempaldankejuhijau

Lelaki gempal yang kacak sedang duduk bersila di balkoni rumah milik jirannya...sekali sekala mengaru lapisan lemak di perut yang di gigit nyamuk. Sambil menyalakan api rokok ringan. ...fuh..fuh..!berkepul-kepul asap berterbangan hilang di udara.Sambil itu si lelaki gempal mengkais- kais sisa-sisa keju hijau di atas piring kaca di hadapannya. Keju hijau yang sudah di racik-racik itu lalu di letakkan di atas telapak tangan sedikit, di tekan-tekan dengan ibu jari tangan lalu di isi di dalam pipe........beberapa saat kemudian asap tengik memenuhi ruang sekitaran......." Ah..... banyak benda yang tidak sepatutnya berlaku, telah berlaku..... kekalutan jiwa... ada rahsia di sebalik hati dia dan begitu juga hati aku..hanya yang Maha Esa sahaja tahu di mana kuncinya.. ingin bebas seperti merpati,tapi sampai mana saja tahap kebebasan nya...",Lelaki gempal berkhayal dan terus berkhayal tengelam dalam mimpi-mimpi di alam dunia ciptaannya sendiri.

P/s:Hitam itu tidak semesti syaitan dan putih itu tidak selalunya malaikat..........

Kontenamayatberwarnaunggu...........

Apabila kita sudah penat berpikir disitulah timbulnya suatu kesimpulan............




P/s:Lelaki gempal yang kacak ini sudah penat berlari perlahan.....biarlah dia berehat
seketika sambil meratah ketam goreng berlada............

Kasutkoyak

Bila aku sudah merasakan yang tidur itu lebih agung dari berjaga.Maka aku boleh di tabalkan sebagai seorang manusia yang malas.

JAMOMEGAPUNYAHAL

Jam Tangan Omega skang ni memang tengah scene.........


P/S:Hati-hati para isteri jika suami ada memiliki jam tangan omega dan suka ke thailand..hehee

Peluhbasahketiak

Kelihatan seorang jejaka kacak berbadan sasa sedang termengah-mengah di atas sebuah tangga lima anak tangga.Peluh bercucuran membasahi dahi gebu segebu gula-gula kapas. Mengurut-gurut dadanya yang bidang sebidang dada Hulk Hogan yang berdegup kencang, ambil bermonolog sendiri, "ah...enam tahun lepas gua boleh mendaki tangga tinggi setinggi tangga batu caves tanpa mengeluarkan setitik peluh pon, Sekarang ni jek termengah-termengah macam orang nak tercabut nyawa..ni semua mesti di sebabkan perubahan iklim cuaca yang disebabkan oleh daya tarikan gravity yang makin kuat....".


note:Suatu ketika dulu gua pun penah kurus la der...cuma tak sempat pakai seluar skinny jeans
jek..................hehehee

Asaptengikcelahtingkap

Melayan hembusan berbau maung,
Secarik daun hati,
Terbang melayang,
Melayan masa yang semakin perlahan,
Bukan jaminan untuk suatu ke gembiraan,
Hanya senyuman kosong berkaca sesaat,
Hilang sengsara dalam khayalan,
Darah mengalir tetap akan mengalir...........

Lapantujuhlapan

Merah bukan sentiasa bererti berani,
Putih tak semesti suci,
Lurus tidak bererti sempurna,
Dan adakala ralat itu adalah sesuatu yang sempurna.

Realiti

10 tahun, 20 tahun atau pon 30 tahun...
Bangun,sarapan,kerja 8.00 a.m hingga 6.00 p.m'...
Ujung bulan dapat gaji bayar utang....
Kalo nak cuti kene amik MC.....
Cakap bos kene anggukkan sahaja...


Rutin Hidup macam ni la aku dan mungkin ko,kalian dan dia kena
tempuh untuk 10,20 atau 30 tahun lagi........argggggghhhhhhhhhhh

Sebelasratusan

Termenung sendiri di sebalik limpahan cahaya rembulan,
Rembesan embun jantan memenuhi ruang nyaman di sekitaran,
Terdetik di minda bertapa jauhnya lagi perjalanan,
entah berapa banyak lagi belukar berduri harus di harungi,
entah berapa banyak lagi tunggul hendak ku sandung,
Elok diam....kalau tak tahu nak cakap apa.!

Macai pon macai la...............


Biar lah aku macam ni janji aku bukan kaki da ma cai...

Pages