Lelakigempaldankejuhijau

Lelaki gempal yang kacak sedang duduk bersila di balkoni rumah milik jirannya...sekali sekala mengaru lapisan lemak di perut yang di gigit nyamuk. Sambil menyalakan api rokok ringan. ...fuh..fuh..!berkepul-kepul asap berterbangan hilang di udara.Sambil itu si lelaki gempal mengkais- kais sisa-sisa keju hijau di atas piring kaca di hadapannya. Keju hijau yang sudah di racik-racik itu lalu di letakkan di atas telapak tangan sedikit, di tekan-tekan dengan ibu jari tangan lalu di isi di dalam pipe........beberapa saat kemudian asap tengik memenuhi ruang sekitaran......." Ah..... banyak benda yang tidak sepatutnya berlaku, telah berlaku..... kekalutan jiwa... ada rahsia di sebalik hati dia dan begitu juga hati aku..hanya yang Maha Esa sahaja tahu di mana kuncinya.. ingin bebas seperti merpati,tapi sampai mana saja tahap kebebasan nya...",Lelaki gempal berkhayal dan terus berkhayal tengelam dalam mimpi-mimpi di alam dunia ciptaannya sendiri.

P/s:Hitam itu tidak semesti syaitan dan putih itu tidak selalunya malaikat..........

Kontenamayatberwarnaunggu...........

Apabila kita sudah penat berpikir disitulah timbulnya suatu kesimpulan............




P/s:Lelaki gempal yang kacak ini sudah penat berlari perlahan.....biarlah dia berehat
seketika sambil meratah ketam goreng berlada............

Kasutkoyak

Bila aku sudah merasakan yang tidur itu lebih agung dari berjaga.Maka aku boleh di tabalkan sebagai seorang manusia yang malas.

JAMOMEGAPUNYAHAL

Jam Tangan Omega skang ni memang tengah scene.........


P/S:Hati-hati para isteri jika suami ada memiliki jam tangan omega dan suka ke thailand..hehee

Peluhbasahketiak

Kelihatan seorang jejaka kacak berbadan sasa sedang termengah-mengah di atas sebuah tangga lima anak tangga.Peluh bercucuran membasahi dahi gebu segebu gula-gula kapas. Mengurut-gurut dadanya yang bidang sebidang dada Hulk Hogan yang berdegup kencang, ambil bermonolog sendiri, "ah...enam tahun lepas gua boleh mendaki tangga tinggi setinggi tangga batu caves tanpa mengeluarkan setitik peluh pon, Sekarang ni jek termengah-termengah macam orang nak tercabut nyawa..ni semua mesti di sebabkan perubahan iklim cuaca yang disebabkan oleh daya tarikan gravity yang makin kuat....".


note:Suatu ketika dulu gua pun penah kurus la der...cuma tak sempat pakai seluar skinny jeans
jek..................hehehee

Asaptengikcelahtingkap

Melayan hembusan berbau maung,
Secarik daun hati,
Terbang melayang,
Melayan masa yang semakin perlahan,
Bukan jaminan untuk suatu ke gembiraan,
Hanya senyuman kosong berkaca sesaat,
Hilang sengsara dalam khayalan,
Darah mengalir tetap akan mengalir...........

Lapantujuhlapan

Merah bukan sentiasa bererti berani,
Putih tak semesti suci,
Lurus tidak bererti sempurna,
Dan adakala ralat itu adalah sesuatu yang sempurna.

Pages