Showing posts with label Nukilan songsang. Show all posts
Showing posts with label Nukilan songsang. Show all posts

Padia ang nak habaq?

Melayu Gemuk dengan Nasi lemak memang tak boleh dipisahkan,
Umpama Hishamuddin rais dan ISA....

P/s:Ang tak kenai Hishamuddin rais ni sapa?ang google la sendiri...hahaha

Ini bukan soalnya

Maafkan gua,
kerana mawar layu tanpa dijaga,
dan kerana gua yang cuba memetik mawar itu,

Maafkan gua,
Kerana gua tahu mawar itu berduri
dan gua serta kamu terluka dek terkena duri

Maafkan gua
kerana gua cuma impikan sekuntum bunga
dan gua akan pastikan ia tidak berduri

Maafkan gua
kerana gua cuma ingin bahagia
dan tidak terluka lagi

P/s:Andai satu masa gua sudah tidak mampu menahan luka....gua terpaksa membuang mawar ini jauh-jauh...gua harap kamu jangan bersedih.Pergi la mencari kebahagiaan diluar sana kerana sesungguh kamu memang layak untuk bahagia.


Pengebumian Jiwa

Di upacara pengebumian jiwa,
senak benak jiwa meronta,
yang manis berpuluh tahun,
kini kelat karna satu perkara,
dan jiwa-jiwa manusia sesat,
berduyun-duyun insaf dalam kepuraan,
sebenarnya esok masih tenggelam,
dengan tarikan gemerlapan neon fana,


P/s:Bercakap tentang jiwa memang tiada noktah, sembangnya sungguh infiniti

Keyakinan..

Gua nak tanya lu orang....sejauh mana lu orang yakin dengan tuhan?adakah seyakin cinta lu orang dengan makwe lu orang sampai sanggup bergolok bergadai janji dapat tengok makwe tersenyum, adakah seyakin mat rempit dengan jentera 125z rempit nye yang memecut selaju 180km/j di dalam kesibukan trafik tengah-tengah Kuala Lumpur sehinggakan kalo rossi tengok memang dier pon salute, ataupon seyakin mat ganja yang bawak ganja satu bata dari Johor bahru ke shah alam tanpa dikesan oleh pihak berkuasa. Ada orang cakap yang dia yakin pada tuhan lebih dari segala nya, tapi jadah dia yakin kalau semayang subuh pon sebulan sekali payah nak buat,jadah dia yakin kalau mulut lebih banyak mencarut daripada memuji tuhan,jadah dia yakin pada tuhan kalau still buat apa yang dilarang oleh NYA macam neraka dan syurga tu perkara main-main, jadah dia yakin pada tuhan kalau lebih takutkan polis dari takutkan Allah

P/s:Gua yakin tuhan itu ada,tapi keyakinan gua pada tuhan belum sampai tahap bagaimana gua yakinnya dengan duit itu mendatangkan bahagia.Gua takut dengan hukum tuhan,tapi belum sampai tahap bagaimana takutnya gua untuk hidup miskin selamanya. Lu orang tak usah nak kata gua sesat. Tapi ini la kenyataan dan gua yakin,bukan gua sorang.Buktinya, berapa ramai yang marah dan gundah gulana kalau harta mereka dirompak sedangkan mereka patut percaya dengan qada dan qadar Allah S.W.T dan percaya setiap benda yang terjadi adalah bersebab.Gua sebenarnya sedang mencari...Gua harap dan gua sentiasa berdoa walaupon gua ni sehina-hina umat,gua dapat tergolong dalam golongan yang mendapat Hidayah dah rahmat dari Nya.

"la ilaha illallah muhammadur rasulullah"

Bebal

Memang nampak sangat kebebalannya bila seseorang yang bebal cuba berbicara sebagaimana orang bijak berbicara. Lebih baik diam dari menambahkan lagi kebebalan.



P/s: Ego dan kebodohan bukan satu pasangan yang baik untuk digandingkan. When time comes the truth will reveal itself.

8 facts about me..ngehngeh ni bukan rahsia

1.Handphone aku memang sentiasa dalam silent mode.Aku seorang yang phobia
dengan bunyi handphone sendiri.

2.Aku kidal...tapi kalau makan guna tangan, aku guna tangan kanan la.

3.Aku suka sos cili.Aku makan roti canai pon cecah sos cili.

4.Aku suka cerita pasal politik,ekonomi.

5.Aku suka baca buku biography pemimpin dan tokoh terkenal.

6.Aku suka tidur...skang ni pon rasa macam nak tidur.

7.Aku memang tak pandai menyanyi....tone deaf..buta seni.

8.Tangan kiri aku bengkok skit...



P/s:Demmm pe yang aku mengarut neh................

Khilaf

Bila hidup kurang bersyukur dengan apa yang ada, akan menjadikan kehidupan seharian terasa miserable. Padahal ramai lagi insan diluar sana yang hidup lagi perit tetapi masih lagi tahu bersyukur dan redha. Bila jiwa tidak dapat menerima hakikat, sebagai manusia biasa yang iman nya mungkin sebesar zarah wujudnya, aku pon bisa terbabas mencari ketenangan dengan cara
yang tidak sepatutnya.

P/S:Memang bukan ketenangan seperti ini yang aku cari, meracik mencari khayalan dalam kepulan asap tengik....Berterbangan dalam keadaan serba ringan dah perlahan, senyuman palsu terbit tanpa dipaksa.............masa menjadi lambat dalam buaian khayal....Maaf Kan aku Tuhan... Manusia jahil yang banyak ke khilafan...

Awan dan Awangan

Di pinggir kota,
Di bawah awan yang sama,
Hanya tinggal secebis manisan dan haruman,
Hampir tidak terasa dan terbau,
Hati merah dulunya lembut umpama kapas,
Kini keras kering ibarat ibarat sungai kegersangan,
Entah mana pintu syurga atau neraka hendak dituju,
Diluar nampak utuh,
Didalam hancur berkecai seperti serpihan kaca,

Daricelahekzos lori warnaoren.....

Alhamdulillah..
Dah dekat 3 minggu gua start keje..walaupon gua keje mengkayakan cina...tapi atleast rezeki halal kan.Gua keje ngan Syarikat logistic tiong nam..keje gua dari panjat lori,buat document,bergaduh dengan driver truck,kene hamun dengan driver truck,tukang tadah kene tiaw dengan customer dan jugak boss........


P/s:Demm....truck driver pendapatan bulan2 paling busuk 3k dan ..sampai ada yang mampu pakai estima dan R1...Skang sape yang executive ni..gua or truck driver........Kalo macam ni...gua pon nak jadi truck driver la...

BLLSHT

K-POP EQUAL BULLSHIT..........


P/s:sambil melayan liuk lentuk tarian video clip wondergirl.... I want nobody nobody But You..
na na na na...ehheheeee...dem

Kasutkoyak

Bila aku sudah merasakan yang tidur itu lebih agung dari berjaga.Maka aku boleh di tabalkan sebagai seorang manusia yang malas.

Asaptengikcelahtingkap

Melayan hembusan berbau maung,
Secarik daun hati,
Terbang melayang,
Melayan masa yang semakin perlahan,
Bukan jaminan untuk suatu ke gembiraan,
Hanya senyuman kosong berkaca sesaat,
Hilang sengsara dalam khayalan,
Darah mengalir tetap akan mengalir...........

Lapantujuhlapan

Merah bukan sentiasa bererti berani,
Putih tak semesti suci,
Lurus tidak bererti sempurna,
Dan adakala ralat itu adalah sesuatu yang sempurna.

Sebelasratusan

Termenung sendiri di sebalik limpahan cahaya rembulan,
Rembesan embun jantan memenuhi ruang nyaman di sekitaran,
Terdetik di minda bertapa jauhnya lagi perjalanan,
entah berapa banyak lagi belukar berduri harus di harungi,
entah berapa banyak lagi tunggul hendak ku sandung,

Empatratusempatpuluh

Berkerut dahi menikmatan nikmat curut Cuba yang dihadiahkan oleh seorang rakan. Berkepul-kepul asap keudara. Seorang lelaki gempal sedang asyik termenung di kala cahaya matahari baru saja menerjah jendela. Tenang keadaannya di rumah agam mewah di atas bukit di pinggiran kota. Lelaki gempal yang agak tidak kurang kacaknya itu hanya memakai baju tidur yang sudah seminggu tidak dibasuh. Di dalam ketenangan riak wajah nya jelas kelihatan kegusaran. Pemikirannya melayang-layang melayan perasaan gusarnya....Lelaki gempal itu bermonolog sendiri.."Ah biarlah dunia ini penuh dengan orang kurang cerdik tapi cuba berlagak cerdik, biarlah dirinya yang kurang cerdik ini mendiamkan diri dari bersuara untuk memperlihatkan ketidak cerdikannya di khalayak ramai.."..

Remaja perut sasa

Di dalam kegelapan malam....kelihatan seorang pemuda yang berperut sasa dan berbadan separa tiptop sedang menghembuskan nafas berasap-asap ke udara. Sambil mengaru lututnya yang kegatalan akibat gigitan nyamuk di beranda rumah agam tidak terlalu mewah di atas sebuah bukit di pinggir ibu kota. Hanya cahaya suram-suram romantik yang menerangi malam di rumah agam itu. Kedengaran alunan musik klasik menjadikan suasana malam lebih romantik dan tenang. Pemuda yang berperut sasa dan berbadan separa tiptop itu yang hanya berseluar 3 suku dan tidak berbaju berbaring di atas kerusi empuk sambil mengusap-gusap perut yang agak seksi. "Aaah.........Aku memang terlalu kacak untuk menjadi seorang model"..bentaknya dengan bongkak............

P/s:Inilah akibatnya kalau banyak sangat masa terluang...

Hibernasi

Si gempal ini menyorotkan bantalnya yang separa lembik ke pipi. Lalu di lekapkan di pipi di dalam posisi mengiring.....!Selimut ditarik dan mata pun di pejam. Malam ini perlu dilayari dengan tidur yang lena dan enak...kerna esok siapa tahu si gempal ini tidak berpeluang untuk menikmati tidur yang sebegitu nekmat ini........

P/s:Selamat Malam kamu, dia dan kalian-kalian....bila bersua di alam mimpi jangan la segan-segan menyapa ku..................

Pejam mata...........

Hisap rokok marlboro.....fushhhhhhhh..fushhhhhhhh.........!update status kat facebook guna iphone.........lepak berjam-jam dekat burger king cerita pasal f#ck kapitalis, f#ck government, f#ck mainstream..lepas tu gi tengok wayang cerita cintan kat tgv...shopping kat topman..pergh...memang radikal giler la ko nie....hahahaha......

Minimal

Hidup itu mudah...
Jadi jangan lah cuba untuk menjadikannya suatu yang komplikated...
Senyum dan enjoy...
Yeaaaaaaaaaaaarghhhhhhh..hahhaa!

Ghost rider dah cat motor kaler kuning..!hehehee!(Tribute to fatboy)

Motor seakan-akan milik ghost rider segamat...!Hehehee...


Segamat,11.01.2009- Warga segamat gempar dengan kehadiran motor jaguh berwarna kuning ke ehem2 an yang merayau-merayau diwaktu malam tanpa penunggang(Mungkin ada penunggang tapi penunggang dier tinted tu yang tak nampak tu..hehehe).Pada siang hari motor jaguh kuning ni jugak sering di temui di kedai-kedai yang menjual rokok seludup di sekitar segamat....!Beberapa tahun lepas...kejadian ini juga sering berlaku...tetapi motor jaguh misteri yang di tungangi oleh lelaki seakan-akan salman khan ini berwarna hijau lumut...!Mungkinkah ia adalah motor jaguh yang sama..hehehe!
P/s:Badek aku gurau jek..hehehe!Sorry eh..Rindu nak bawak fatboy ko nie...Kalo bleh kasi ada airbrush flame2 ckit la...Baru abang-abang..!hehhehe!

Pages