Itu hari punya cerita....

Melepak di kedai mamak adalah satu hobi yang paling aku gemari sejak bergelar pelajar IPT. Tidak kisah kedai mamak tu ada skrin besar atau tidak ataupun ada wifi atau tidak. Asalkan makanan yang di hidangkan masuk dengan selera aku, aku akan pergi, kadang-kadang aku boleh lepak berjam-jam lamanya di kedai mamak seorang diri. Baiklah, berbalik pada perkara asal yang hendak aku ceritakan. Adalah satu hari tu, aku sedang menikmati makanan di kedai mamak yang biasa aku lepak, tiba-tiba aku di sapa oleh seorang yang aku kenali. Memang aku kenal tetapi hanya sekadar bersapa sahaja kalau terserempak. Dia dengan tanpa di ajak duduk di depan ku. Aku pun tak berapa nak ambil kisah sangat, yerlah mungkin dia berseorang dan jenis manusia yang berteman kalau makan. Setelah berbual kosong seketika, tiba-tiba dia menanyakan aku satu soalan yang bisa memerangkap ku untuk duduk lebih lama. Soalannya lebih kurang begini, "Kau nak jadi kaya tak". Sebagai manusia normal aku pun dengan selamba menjawab "siapa yang tak nak kaya bro". Dia lalu memberi jawapan balas yang memang sudah aku sangkakan,"aku nak bagi peluang kau jadi kaya, kau dengar je...mana tahu kau berminat". Adushhh....Aku dah kena lagi. Ini lah melayu memang sinonim dengan benda-benda cepat kaya. Aku dalam hati menjawab, aku sekarang lebih berminat melihat peha-peha gebu dan tumit-tumit kemerah-merahan yang terbentang menjamu mataku dari mendengar kau bercerita tentang susur galur macam mana nak buat duit dan mencari "downline". Aku yang sebagai melayu tipikal ini, yang tidak sampai hati hendak mengecilkan hati melayu yang lain pun mendengar sambil lewa dengan penerangan yang diberikan, hanya mengangguk jika perlu. Aku lebih berminat melihat peha-peha mulus gadis melayu di depan ku............sambil menendang-nendang kosong membetulkan saraf kaki yang kebas akibat duduk terlalu lama. Hari ini aku terkena. Tapi biarlah dia dengan cara dia. Mana tahu satu hari nanti dia berjaya menjadi jutawan. Bertambahlah lagi melayu yang jutawan dengan bisness berbekalkan fail, sebatang pen dan sehelai kertas............dan bermodalkan air liur....Seperti biasa, dia juga tidak dapat menyakinkan aku dengan ceramah kosongnya yang berbekal fail serta gambar testimoni melayu-melayu bergambar riak di tepi-tepi kereta mewah dengan berkepuk-kepuk duit di tangan.

P/s:Aku biarlah dengan cara aku,kamu juga dengan cara kamu. Aku hormat kamu,kamu juga perlu hormat aku......mudahkan....!

Mode belajar...

Sudah berkali-kali aku membelek-belek halaman buku ilmiah separa bergambar yang beratus-ratus helaian ini. Sudah berhari-hari cuba memahami isi kandungannya. Hanya segilintir ilmu dari buku itu yang singgah di dalam minda yang sedia lembap dan semakin bebal. Mungkin semakin hari aku semakin bebal ataupon sememangnya aku bebal..................Aku bersila dan menghembuskan kepulan-kepulan asap ke udara. Masih terngiang-ngiang lagi di cuping telinga akan kata-kata Ibu, "Belajar dengan mata hati, menuntut ilmu biar ikhlas jangan mengeluh". Aahhhh....sudah berkali-kali aku cuba memahami maksudnya.....mungkin aku tidak seperti ibu. Ibu genius, ibu bersemangat waja dan di sebabkan itu ibu pernah menjadi pelajar terbaik di zaman nya...

P/s:Mata semakin berat dan badan juga semakin berat..................;p

Hibernasi

Si gempal ini menyorotkan bantalnya yang separa lembik ke pipi. Lalu di lekapkan di pipi di dalam posisi mengiring.....!Selimut ditarik dan mata pun di pejam. Malam ini perlu dilayari dengan tidur yang lena dan enak...kerna esok siapa tahu si gempal ini tidak berpeluang untuk menikmati tidur yang sebegitu nekmat ini........

P/s:Selamat Malam kamu, dia dan kalian-kalian....bila bersua di alam mimpi jangan la segan-segan menyapa ku..................

Melayang............

Mendayu kedengaran alunan lagu ala pop korea dari alat pengeluar suara komputer riba milik teman sebilik ku, seolah-olah sama mengiringi terbangnya minda ku. Sambil merenung kosong kearah skrin komputer riba yang di hadiahkan oleh ayah hampir dua tahun lalu, di kala itu kenangan lama bermain-main diminda, dari kenangan yang manis hingga lah yang pahit. Telah jauh aku menyimpang, telah jauh aku bersinggah, banyak benda dan perkara aku abaikan dan aku persiakan. Banyak hukum yang aku khianati dan banyak insan telah aku sakiti. Semakin lama melayang jauh, semakin banyak titis-titis penyesalan menitis di jiwaku. Dunia ini memang agak susah difahami, tetapi bertambah susah lagi jika cuma hanya mahukan kemanisan dan kesempurnaan, biarlah masa silam menjadi lukisan yang pernah aku warnakan dan disimpan di bersama beribu lukisan di dalam arkib minda ini. Kini masa untuk mencorakkan lembaran canvas putih yang baru. Bagaimana hendak aku corakkan, biarlah bergantung pada diri aku sendiri. Jika aku sesat lagi, aku berharap, aku masih lagi berupaya untuk mencari jalan pulang. Masih jauh lagi perjalanan, masih banyak lagi persinggahan yang akan aku berhenti, masih banyak lagi yang belum aku terokai. "Aahhh, biarlah lamunan ini terhenti di sini.!" biarlah semua ini menjadi memori yang bisa aku kenang ..............................Secara perlahan-lahan Pandangan aku kelam......skrin komputer aku juga terpadam. Hanya bauan ubat penghalau nyamuk serta bunyi denguran kecil adalah penamat untuk hari ini. Hari esok Insyaallah masih menunggu aku untuk aku warnakan mengikut kehendak ku.......!

P/s: Adakalanya kita tidak perlu berlari untuk kegarisan penamat, cukuplah hanya berjalan dan pandang ke hadapan.......

Dia yang maha mengetahui

Aku berdiri...
Aku rukuk...
Aku sujud...
Aku duduk...
Seorangan...
Aku menadah tangan...
Berdialog dengan Nya...
Mengadu nasib...
Penuh harapan...
Agar ditunjukkan jalan...
Dibentangkan jalan yang bebas dari kegelapan..
Agar terhapus dosa-dosa...
Yang semakin memberat..
Menekan tubuh hina ini..

Pejam mata...........

Hisap rokok marlboro.....fushhhhhhhh..fushhhhhhhh.........!update status kat facebook guna iphone.........lepak berjam-jam dekat burger king cerita pasal f#ck kapitalis, f#ck government, f#ck mainstream..lepas tu gi tengok wayang cerita cintan kat tgv...shopping kat topman..pergh...memang radikal giler la ko nie....hahahaha......

Merapu.............

Agak lembap tetapi cekap,agak montok dan gebu tetapi cumel dan hensem....huhuhuh!;p

Pages