Suatu hari itu punya cerita3......

Kejadian yang gua nak cerita ni berlaku masa gua darjah 3.Time tu waktu rehat dalam pukul 1030...!Tengah-tengah gua layan stim lap ingus kat lengan baju kat tepi kolam belakang sekolah.Tiba-tiba datang la seorang minah darjah 6.Dier bagi gua sebungkus karipap.Hehehee!Gua ngan segan silunyer amek jela seketul.(tue pon sebab gua dah kenyang makan nasi lemak tadi.hehehe)...walaupon dier offer sebungkus.(Gua memang sopan sejak kecik lagi.hahaha)...!Gua kenal minah ni,dier anak manager estet dekat-dekat ngan kawasan umah gua.Nama dier tak silap gua aishah.Lepas bagi karipap tue..dier pon cakap kat gua..lebih kurang macam gini ler..(Kalo ada berubah pon mungkin gua tambah-tambah skit jek..hehehe).

Aishah:Awak....awak ni cute ler..!

Gua:(ngah kunyah karipap).....Gua anguk jek...

Aishah:Awk nak jadi adik angkat saya tak?

Gua:still ngah kunyah karipap lagi..(buat-buat tak dengar jek)

Aishah:Nanti tiap-tiap waktu rehat saya belanja la awk eh?

Gua:Gua senyum jek....(Dalam hati,pehal minah ni tetiba jek nak belanja aku...)

Hari seterusnya
Pehal...gua makan free time rehat sampai hujung tahun..hehehehe!Masa dier nak bis darjah 6.Dier bagi gua adiah botol air garfield besar..heheheheh!

p/s:Sejak si aishah ni abis darjah enam..gua dah tak jumper dier pon.Gua pon dah luper yang gua ada akak angkat.hehehehe!Gua dengar citer dier dah jadi Pensyarah skang..hehehehe!

Suatu hari itu punya cerita2.......

Dulu masa zaman-zaman sekolah...gua ni jenis student yang tersangat ler tak aktif...!Yang gua tau..gua g sekolah jumper kawan-kawan..blaja ckit..balik umah tido.!hehehe!Masuk jek form 4...gua masuk kelas tingkatan 4 sains 1..Budak pandai ler katakan..!Time tu ler gua start aktif mencapap skit..!Tu pon sebab kener paksa soh masuk itu dan ini..!Masa form 4 tue...aktiviti yang paling heaven gua pegi adalah program perhimpunan patriotik pemimpin pelajar peringkat kebangsaan kat Johor...Seminggu gua turun naik hotel..masuk kampung keluar kampung pakai blazer mcm YB.Konon pelajar contoh bakal pemimpin..!hahahaha!Poser jek sebenarnyer.!Tapi bukan bender tue yang gua nak cerita. Ada satu peristiwa ni yang gua xboleh lupa..!Hehehe! Gua ngan group gua kener hantar g melawat dan menyusahkan orang kampung kat Pontian..Ada ler dalam satu majlis tue..tak silap gua kat dewan pejabat pertanian kot..Ada majlis ceramah..!Dewan tue air-cond beb.Nak masuk kener bukak kasut...!Gua sebagai wakil yang nak kener baca doa selamat..(Yerlah dulu gua muka memang suci jek...Semua nak wat menantu kalo tengok gua)..Time tue VVIP yang ada tak silap gua pengarah pendidikan negeri johor..!Actually gua memang tak cukup tidur..time tu lepas semayang jumaat plak tue....memang berkabus jek mata gua.masuk dewan tu pon muka stim jek..padahal tukang baca doa neh..ehhehe!Sampai giliran gua nak baca doa...gua pon ngan selamber dan penuh karisma naik lah pentas bendiri kat Mic....gua naik jek tangga nak g mic gua ada dengar orang cakap wei kasut..!Tapi gua wat tak kisah jek..!Sampai kat atas stage..dah bediri kat mic....!Gua pandang muka pengarah pendidikan negeri johor tue..!Dier pandang gua atas bawah...!Macam nak cari gaduh..hehhee!Lah..rupanyer..Apahal..gua sorang jek yang pakai kasut kat dewan tue rupanyer...damn..!hehhehehe!Sial malu gua..nasib baik ada rostrum..jadi tak ramai yang pasan..!Abis jek majlis..gua g minta maaf kat VVIP..hehehe!Hahahaha!Kener gelak gua...Gua agak ler..kalo gua jumper pengarah tu lagi sure dier ingat muka gua..!hehehe.

P/s:Dah banyak kali dah jadi eksiden nie..!hehehehe!

Valentine Day...

Kali ini gua nak cerita mengenai Hari Memperingati Kekasih atau lebih dikenali Hari Valentine yang disambut pada setiap 14hb Februari. Di sini sebagai umat Islam, kita haruslah mengetahui serba sedikit mengenai perayaan yang tidak berkaitan dengan agama kita. Tidaklah salah untuk menyambut Hari Kekasih, tetapi untuk menyambutnya pula, tidak perlulah ditetapkan satu hari dalam setahun untuk meraikannya. Bahkan setiap hari itu boleh dijadikan Hari Meraikan Kekasih terutama bagi mereka yang sudah berkahwin.

Kita sebagai umat Islam telah pun diperingatkan di dalam Ummul
Kitab kita, Al-Quran Al-Karim mengenai menyambut perayaan yang bukan berkaitan Islam.

Budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang
sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat…

Pendahuluan

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih’ atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Sejarah Permulaan Valentine’s Day

Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya,Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaantradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St.Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St.Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St.Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St.Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St.Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St.Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.


P/s:Artikel ni banyak gua cedok jek..heheheh!Malas nak tulis pikir ayat banyak2...!ehehheehe!

B.U.N.D.L.E...by Funky doryz

Hari masih hujan namun langit masih biru
Tidak ku terbangkan semangat hari baruku
Jalan sudah jauh namun hati masih buntu
Jauh beribu batu hajat hati cuma satu

Sampai satu tempat tu,jalan pun dah naik kaku
Nampak berguni guni barang barang bukan baru
Orang punyalah ramai yang berbaris dan
Mari bersama ku

Aku bukan lagak hero
Muka hensem kadang tak tido
Tapi ramai yg kata jika sebab satu benda
Termimpi indah idamannya semua jejaka

Aku bukannya nak menunggu
Aku bukan penagih buntil tu
Jangan salah anggap bukan menagih benda haram tu
Mari menari bersamakuuu

Angkat tarik ikat tali tu
Lepas cabut longgar kakimu
Cuba try tgk dahulu
Sampai hati tertarik

Gaya funky ingat tak dulu
Rambut afro berbaju biru
Seluar yankee tetas seribu
Sampai hati tertarik


Kini.. hajat dihati dah lepas satu
Fashion old skool idaman oh hatiku
Jauh datang kalau tak dapat foooooh malu
Ini benda generasiku yang tak dapat restu ibu

Lagu ni buat teman temanku
Yang pantang nampak buntil, jeans biru baru mesti beli satu
Biar lusoh biarpun tetas beribu
Mari menyanyi bersamaku

P/s:Uncle Jiwa kasi pinjam lagu funky doryz eh...heheheh!Jangan saman plak...

Suatu hari itu punya cerita...!

last week gua ntah mana datang antu rajin gua...Gua pon mengemas la baju gua yang bersepah kat dalam almari gua..Mana baju and seluar yang tak pakai atau dah tak boleh pakai tu gua ingat nak buang jek...Tengah gua kemas-kemas tue..terjumper ler sehelai suar levi's silver tab bersaiz 34 yang gua ingat dah ilang..Seluar nie adalah adiah dari uncle gua dulu..!Cantik lagi seluar nie..kalo gua pakai ni mesti setakat akak jual karipap kat kedai kuih aritue senang-senang terpikat kat gua..hahahah!Gua ngan yakin gua sarung je la seluar...ngam-ngam jek masuk tapi biler nak button jek..Sial pehal xboleh button ni...!Agak-agaknye suar ni mengecut kot..5 taun lepas gua pakai muat jek...ape citer beb..!hehehe!Sejam lepas tue.....apa hal gua g keluar beli karipap pakai seluar tue jugak dengan tak berbutton..heheheh!Baru style.....Macam setan..tak sedar diri dah kembang..hahahaha!

Aku dan waktu

Pejam celik,pejam celik rupa-rupanya dah 23 tahun gua bernafas kat dunia nie...!Rasanya macam baru semalam jek gua baru pandai jalan.Dalam masa 23 tahun nie macam-macam orang gua jumper...ada muka pecah tapi hati dalam ada taman..tapi ada jugak muka jambu tapi perangai macam setan.gua rasa macam baru semalam jek gua kener sebat ngan ayah gua sebab main longkang masa on the way balik dari sekolah agama..Rasa macam semalam jek gua kener sebat ngan ustaz johar sebab main bola kat dalam surau dan jugak macam baru semalam gua belajar sedut-sedut asap dari botol yang ada suku air kat dalam sampai la sekarang ni gua dh berhenti sedut-sedut bender ngarut ni.hehehehe!Dalam masa 23 tahun ni la gua rasa macam tak ada apa-apa kejayaan pon yang gua kecapi.(walaupon ada la skit...malas nak bangga jek..hahahaha)..Tapi gua syukur banyak-banyak kat tuhan...walaupon gua tak kaya tapi gua tak penah la berlapar sampai seminggu tak makan...walaupon gua tak pandai mana at least abis jugak la diploma gua...walaupon gua tak ler hensem mane tapi masih ada jugak kaum hawa yang sanggup terima cinta gua..(chewahhh jiwang plak)..walaupon gua tak der la baik sangat tapi masih ramai kawan-kawan yang sudi kawan ngan gua dan sudi susah senang bersama gua..(Thanks la kawan-kawan gua sebab sudi kawan ngan gua walaupon gua kadang-kadang mcm lahanat)hehehe!..walaupon gua ni selalu tak dengar kata mak bapak tapi mak bapak gua still kool dah sayang kan gua..hehehe!setakat ni gua syukur la ngan life gua walaupon kadang-kadang ada sedih tapi selalunya gua gembira..Alhamdulillah..!Tapi gua xder la berpuas hati tapi gua bersyukur..insyaallah gua cuba memperbaiki life gua...!Walaupon ada ketika gua putus asa setelah jatuh dan di ludah tapi gua still boleh bangun dan berlari lagi..terima kasih la pada sahabat-sahabat gua yang susah senang dan sanggup pimpin gua bila gua jatuh dan sesat(korang taw saper korang kan)..Dan yang ludah dan tikam gua tu gua ucapkan terima kasih jugak la sebab dengan adanya korang tu dapat la aku kenal dunia ni.moga-moga gua la yang terakhir korang tikam dan ludah....

P/s:hehehehe!macam emo la pulak....!

Gua agak la.....

Kalo dulu-dulu masa gua kecik...doraemon tak disiarkan pada waktu dekat-dekat maghrib.Gua rasa skang ni mesti gua dah jadi tahfiz agak nye.....hehehehe!

Pages