Lu orang nak tahu, macam mana rasanya tiap kali lu orang buka mata dan lu orang sendiri tahu yang hari tu bukan hari lu orang dan lebih menyedihkan hidup lu orang sengsara sebab nak bagi orang lain tersenyum. Dan orang yang tersenyum tu hanya pandang lu orang macam pandang najis busuk yang membawa penyakit. Memang terasa macam celaka kalau hari-hari berterusan macam ni.
P/s: Hey,gua ada hak hidup normal macam lu orang la(itupun kalau lu orang pikir gua ni manusia dan bukan anjing)
Jelas realiti itu sakit, jelas minda sakit ini belum bersedia menerima tamparan realiti...Kan mudah, kalau semuanya boleh dibuang dan di gapai sekiranya mahu.
P/s:Gua sakit
Akan usai segala kekusutan, Akan terbuka gengaman, Biar terlerai pautan, Biar berhujan berpetir setelah berpanas, Akan banjir seluruh wilayah, Dan biar ia berhenti sendiri, Meninggalkan runtuhan,
Pejam celik,pejam celik rupa-rupanya dah 23 tahun gua bernafas kat dunia nie...!Rasanya macam baru semalam jek gua baru pandai jalan.Dalam masa 23 tahun nie macam-macam orang gua jumper...ada muka pecah tapi hati dalam ada taman..tapi ada jugak muka jambu tapi perangai macam setan.gua rasa macam baru semalam jek gua kener sebat ngan ayah gua sebab main longkang masa on the way balik dari sekolah agama..Rasa macam semalam jek gua kener sebat ngan ustaz johar sebab main bola kat dalam surau dan jugak macam baru semalam gua belajar sedut-sedut asap dari botol yang ada suku air kat dalam sampai la sekarang ni gua dh berhenti sedut-sedut bender ngarut ni.hehehehe!Dalam masa 23 tahun ni la gua rasa macam tak ada apa-apa kejayaan pon yang gua kecapi.(walaupon ada la skit...malas nak bangga jek..hahahaha)..Tapi gua syukur banyak-banyak kat tuhan...walaupon gua tak kaya tapi gua tak penah la berlapar sampai seminggu tak makan...walaupon gua tak pandai mana at least abis jugak la diploma gua...walaupon gua tak ler hensem mane tapi masih ada jugak kaum hawa yang sanggup terima cinta gua..(chewahhh jiwang plak)..walaupon gua tak der la baik sangat tapi masih ramai kawan-kawan yang sudi kawan ngan gua dan sudi susah senang bersama gua..(Thanks la kawan-kawan gua sebab sudi kawan ngan gua walaupon gua kadang-kadang mcm lahanat)hehehe!..walaupon gua ni selalu tak dengar kata mak bapak tapi mak bapak gua still kool dah sayang kan gua..hehehe!setakat ni gua syukur la ngan life gua walaupon kadang-kadang ada sedih tapi selalunya gua gembira..Alhamdulillah..!Tapi gua xder la berpuas hati tapi gua bersyukur..insyaallah gua cuba memperbaiki life gua...!Walaupon ada ketika gua putus asa setelah jatuh dan di ludah tapi gua still boleh bangun dan berlari lagi..terima kasih la pada sahabat-sahabat gua yang susah senang dan sanggup pimpin gua bila gua jatuh dan sesat(korang taw saper korang kan)..Dan yang ludah dan tikam gua tu gua ucapkan terima kasih jugak la sebab dengan adanya korang tu dapat la aku kenal dunia ni.moga-moga gua la yang terakhir korang tikam dan ludah....
Saya adalah seorang lelaki melayu muslim yang tipikal,kadang kala hilang dalam arus pemikiran sendiri.Selalu befikir tentang masa,masalah kehidupan dan juga wanita.Hidup hanya sekadar untuk hidup bersederhana.Kebiasaannya kurang keyakinan diri dan suka tersenyum.Lebih suka berdiam diri dan melihat manusia dari menjadi watak utama dalam drama kehidupan.Meminati musik underground.Papan selaju menjadi teman setia dan selalu bermasalah dengan kaum hawa......
"Hidup ini hanya sebuah drama yang akan tamat pada bila-bila masa,sama ada kita adalah watak utama atau tambahan dalam sesuatu drama itu..kita tetap akan sampai ke satu destinasi yang sama iatu alam kematian...Jadi siapa kita adalah tidak penting tetapi bagaimana kita menguruskan watak kita dalam kehidupan ini yang bernilai......"