Warkah Jiwa

Sehari sebelum ramadhan 2017
Kau kebumikan hatiku tanpa nisan buat kali kedua
Tiada lagi tuntutan janji dari mu
Semua sudah jelas
Jadi aku kutip serpihan hati ku satu persatu
Salahku kerana meletak kan nya di tempat yang salah

P/s:
Pemilik mutlak semua hati,
DIA yang maha mengetahui,
Yang ghaib dan yang akan terjadi,
Yang menghembuskan rasa cinta gembira dan sedih
Aku redha dengan ketentuan mu
Kerana janji MU terbaik untuk hamba mu


Hasbi Ya Allah Wa ni'mal Wakeel



7 mei 2017

Hari seperti biasa
Burung berkicau seperti selalu
Masih gemuk macam dulu
Cuma minggu lepas seharian bersama bakal jodoh
Kutu masih tidak abis dengan masalah cinta.......kahkahkah

P/s:Umur makin sedikit.....moga ada peneman untuk menuruskan sisa-sisa kehidupan...

Assalamualaikum....2017

Alhamdulillah......2017 masih bernyawa...setahun sekali update..kahkah

Mungkin lepas ni blog ni jadi travelog or lebih kepada catatan pengalaman perjalanan gua,dan tidak terlalu details mengenai budget dan itinerary,maklumla kutu,main sebat je ape yang ada...insyaallah kalo gua rajin gua try update first travelog gua.


Nota kaki:2017 gua masih kutu berahak...

Selamat tinggal 2015

Pergh..aku punye blog ni setahun sekali baru updated. aku pon tak tahu nak tulis apa kot.mungkin aku dah keluar dari fasa questioning atau mempersoalkan.Kerana di fasa questioning banyak soalan dan ketidakpuashatian akan timbul dalam diri.Kita akan mempersoalkan segala perkara dari sebesar-besar masalah sampai sekecil benda.Itu dan ini......Sekarang ni apa yang aku tahu semua benda yang terjadi dan wujud dalam dunia ini adalah bersebab.. ye bersebab...Segala sebab adalah berdasarkan interpretasi dari diri sendiri.Ko positif,segala nya jadi positif..kalo ko negatif...selamanya ko jadi rebel, degil dan tiada arah tujuan.

P/s:Selamat tahun baru kalendar yunani..hahaa

Assalamualaikum..hujung tahun depan kalo aku tak di liang lahad insyaallah aku
akan updated lagi blog ni.


XbudaknakalX

Hari ini genap 7 tahun blog XbudaknakalX bernyawa...Moga ia terus bernyawa.Insyaallah..Kalaulah blog gua ini seorang manusia sudah tentu ia baru belajar-belajar membeli makanan di Kantin sekolah rendah.

P/s:Selama 7 tahun,tidak banyak perubahan yang berlagu pada blog serta tuan punya blog.Masih Rock and Rock seperti dulu dan masih teruna suci tang tang.........

28 Gerhana

Masih lagi gerhana,masih lagi ditakuk lama,dari saat ke Tahun,Masih lagi gagalist,Masih lagi bermimpi-mimpi.
Bukan bulan purnama yang gua idamkan,cukuplah sekadar cahaya kelam buat menyuluh gua ke pangkal jalan,Bukan Kekayaan seperti Sulaiman yang gua dambakan,Cukuplah sekadar dapat berbelanja menampung kehidupan dikala hujan dan panas.28 Masih lagi gerhana. Masih lagi berdebu menunggu reput.

P/s:Percaya dan berpegang teguh pada janji-janji dan kata-kata NYA,moga selamat perjalanan kamu di dunia dan akhirat.

SigemukHinadina

2014 gua harap bukan lagi tahun gagalist gua, gua ingin menjalankan kehidupan yang serius.Seserius Ibrahim Ali dengan semangat kemelayuan perkasanya ataupun paling kurang seserius Wak doyok ketika sesi photography untuk update kat instagram.Gua pon dah terasa nak berumah tangga tahun ini, apa pulak kata orang kan,muka hensem badan sasa tapi umur dah dekat 30 tak kahwin-kahwin...phuuiii..

P/s:Pasal yang serius tu gua tipu jek kot.huhuhu..Tapi pasal kahwin tu gua serius.Insyaallah ada rezeki dan panjang jodoh gua dengan dia,gua kahwin...;p

Duniawi

Mereka sedang sibuk bercerita, cerita tentang ceritera duniawi.

P/s:Hendak gua kaki kan saja mereka,tapi apakan daya melangkah setapak pon gua tak larat.

Duakosongempatbelas

Mohon maaf jika selama ini penantian lu seperti sia-sia,
Gua masih belum layak digelar lelaki sejati.

P/s:Gua bukan mahu mencari sempurna,gua masih mencari jalan untuk gua memimpin lu.

Gua bukan seorang yang puitis 3

Sudah sekian lama gua di humban ke neraka oleh manusia,
Tanpa neraca dan ruang membela gua di hukum,
Karma juga bergerak seiring,
Seiring dugapan deras jantung yang mengepam darah,
Gua kelam di satu sudut,
Sesat di permulaan yang gua tidak tahu mana akhirnya

P/s:Jika gua ini lu anggap tahi,gua rela di humban di dalam lubang najis, Jika di dunia gua tidak rasa manis.Gua harap di sana gua masih di beri peluang untuk merasa nikmat.

Aku bukan mengeluh,cuma mungkin kurang bersyukur barangkali.

Gua bukan seorang yang puitis 2

Sang bidadari,
mungkin dah sampai masa untuk gua lepaskan,
kau terbang bebas mencari syurga sendiri,
di sisi gua tiada lagi wujud syurga untuk kau,
gua hanya lelaki yang selayaknya dibenam jauh-jauh dalam dasar perut bumi,

Sang bidadari,
Jangan kau gusar tentang hati gua,
biarkan ia mati seperti mana matinya cita-cita gua,
tiada satu mimpi pon kita dapat bersama,
inikan pula di dunia nyata,

P/s:Bukan gua tidak mencuba,tetapi tiap kali cubaan gua,ada sahaja bala menimpa...ataupon sudah memang diri gua ini penuh sial...sial yang tak kan dapat di cuci.Terbanglah kau,lebarkan sayap mu....biar gua disini.

Gua bukan seorang yang puitis

Semakin lama gua cuba berdiam diri dan mengikut gerak arus,
makin banyak persoalan yang timbul dibenak hati gua,
Semakin gua cuba menerima,
Semakin kuat hati gua cuba memberontak,
Gua semakin tersepit,

P/s:Mungkin hidup gua ini hanya untuk melihat ke durjanaan dunia,gua pon tidak tahu....Dia sebaik-baik perancangan dan gua cuba menjadi rela serta mencari redha....

Monoloq

"Ramai yang lebih berkokok dari tempur"

P/s:Bila masing-masing sibuk menuding jari pada siapa yang salah dan siapa yang betul.Sibuk menjadi hakim menghukum manusia ke neraka tanpa usul.Sampai menindas golongan yang hanya dianggap lalat menghurung najis.Yang hanya di tatang jika ada kepentingan dan di buang jika mereka sudah dijulang.Sampai sekarang gua masih tidak faham bila bangsa menjadi perkara pokok dan agama hanya ada pada majlis perkebumian dan perkahwinan,Apa akan terjadi pada si jahil dan si lemah seperti gua dan mereka-mereka di luar sana?

Lyrical Abuse 2

Lihat poket,
Kosong tiada apa,
Penat lari laju tidak kemana,
Baik berhenti seketika,
Asal jangan putus asa,

Bukan mau merungut,
Atau mau dimanja,
Cuma biasala manusia,
Bila datang bala,
Salahkan semua benda,

Yang lari laju,
Silalah toleh dibelakang,
Harap lah bantu,
Manusia yang di belakang,

Sapa tahu berkat kongsi,
Segengam boleh jadi satu bendang,
Bukan hanya nak cerita gebang,
Kalau tak puas hati aku rela di teranjang.

P/s:Jalan hidup manusia berbeza-beza,usah la nak mendabik dada mengaku siapa yang lebih raja.

Lyrical abuse 1

2013 aku masih begini,
Orang memegang kunci ferrari dan fairlady,
Aku masih setia dengan LC,
Manusia bergerak laju bagai supersonic,
Aku masih termangu-mangu membuka kitab menghafal lirik,

2013 aku masih begini,
Orang berbicara bisness berjuta-juta,
aku hanya macai gelandagan berpenyakit kusta,
Manusia sudah berperanti pintar,
Aku masih setia dengan telefon berikat getah

2013 aku masih begini
Orang sibuk mengejar kuasa dan takhta,
Aku masih macai yang ketandusan idea,
Manusia sibuk mengejar dunia,
Aku masih mencari erti manusia,

2013 aku masih begini
Orang sibuk berbahagia bersama famalia,
aku masih berlinang air mata mencari dimana bahagia
Manusia sibuk mengira dollar,
Aku masih kanak-kanak yang bahagia bila diberi gula-gula


P/s:Hidup bukan sekadar untuk bahagia di dunia.Hidup untuk mencari redha.Hidup bukan hanya untuk bersyukur dengan segala nikmat pemberiannya,kita patut bersyukur pada bala menimpa.Sapa tahu hari ini berkapcai esok kita punya bala tentera berkereta 950 horsepower.

XmatapejamcelikX
Melayu alpa

H.I.D.U.P.2

Alhamdulillah,
Hari ini aku masih boleh berdiri,
Mengorak langkah bertebaran di bumi tuhan,
Aku harap alpa ku yang panjang ini akan sampai ke penghujung,
Dan aku masih mencari.

P/s:aku tidak mampu menghadap mu tuhan dengan berkeadaan jahil dan alpa sebegini sekiranya aku dijemput untuk menghadap mu ....ampun kan hambu mu ini.

H.I.D.U.P

Dua puluh tujuh bukan angka sedikit, tapi gua masih takut memikir masa depan diri sendiri.

P/s:Perancang tuhan itu sangat indah dan teliti,Dia tahu bila di Dia hendak memberi dan menarik balik segala nikmat.Cari lah Dia moga senang di jalanan.

Padia ang nak habaq?

Melayu Gemuk dengan Nasi lemak memang tak boleh dipisahkan,
Umpama Hishamuddin rais dan ISA....

P/s:Ang tak kenai Hishamuddin rais ni sapa?ang google la sendiri...hahaha

Ini bukan soalnya

Maafkan gua,
kerana mawar layu tanpa dijaga,
dan kerana gua yang cuba memetik mawar itu,

Maafkan gua,
Kerana gua tahu mawar itu berduri
dan gua serta kamu terluka dek terkena duri

Maafkan gua
kerana gua cuma impikan sekuntum bunga
dan gua akan pastikan ia tidak berduri

Maafkan gua
kerana gua cuma ingin bahagia
dan tidak terluka lagi

P/s:Andai satu masa gua sudah tidak mampu menahan luka....gua terpaksa membuang mawar ini jauh-jauh...gua harap kamu jangan bersedih.Pergi la mencari kebahagiaan diluar sana kerana sesungguh kamu memang layak untuk bahagia.


Pengebumian Jiwa

Di upacara pengebumian jiwa,
senak benak jiwa meronta,
yang manis berpuluh tahun,
kini kelat karna satu perkara,
dan jiwa-jiwa manusia sesat,
berduyun-duyun insaf dalam kepuraan,
sebenarnya esok masih tenggelam,
dengan tarikan gemerlapan neon fana,


P/s:Bercakap tentang jiwa memang tiada noktah, sembangnya sungguh infiniti

Pages