Kali ini gua nak cerita mengenai Hari Memperingati Kekasih atau lebih dikenali Hari Valentine yang disambut pada setiap 14hb Februari. Di sini sebagai umat Islam, kita haruslah mengetahui serba sedikit mengenai perayaan yang tidak berkaitan dengan agama kita. Tidaklah salah untuk menyambut Hari Kekasih, tetapi untuk menyambutnya pula, tidak perlulah ditetapkan satu hari dalam setahun untuk meraikannya. Bahkan setiap hari itu boleh dijadikan Hari Meraikan Kekasih terutama bagi mereka yang sudah berkahwin.
Kita sebagai umat Islam telah pun diperingatkan di dalam Ummul
Kitab kita, Al-Quran Al-Karim mengenai menyambut perayaan yang bukan berkaitan Islam.
Budaya dan amalan meraikan Valentines Day adalah dilarang
sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat
Pendahuluan
Perayaan Hari Kekasih atau Valentines Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama Valentines Special. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.
Sejarah Permulaan Valentines Day
Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentines Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya,Valentines Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentines Day :
i. Valentines Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaantradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St.Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St.Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentines Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St.Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St.Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St.Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St.Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
P/s:Artikel ni banyak gua cedok jek..heheheh!Malas nak tulis pikir ayat banyak2...!ehehheehe!
2 comments:
terkejot pada mulanya membaca keseriusan kamu menulis..
ku tertipu
btw, nice info
Hehehee!Gua tulis la..tapi tak semua..Dah timbul kemalasan gua..hhaha
Post a Comment