Tak akan Melayu Hilang di dunia,
Itu hanya sekadar ungkapan penyedap jiwa,
Turun-temurun datuk dan moyang kita,
Yang sekarang mungkin tiada membawa sebarang ertinya,
Akan Melayu Hilang di dunia,
Jika kita terus bercakaran sesama kita,
Sibuk mengumpul harta yang belum tentu membawa kita ke syurga,
Sibuk mendabik dada bahawa aku la raja,
Akan Melayu Hilang di dunia,
Kalau Melayu sibuk mengagungkan si kulit putih keparat,
Kalau Melayu sanggup menikam si Melayu kerana gilakan pangkat,
Kalau Melayu hanya tinggal layu,
Akan Melayu Hilang di dunia,
Jika si berselimpang juga seorang durjana,
Jika raja juga tidak adil dan saksama,
Jika Melayu tidak lagi mahu membela maruah melayu.
4 comments:
Puitis sungguh lu nie...hehehe!
mengaku melayu jugak ko yeee...
melayu still ade lagi ke?ahahah
gawat adalah melayu.
Post a Comment