Apa pentingnya pilihanraya di kampus?
Orang sebok bercerita tentang salah guna kuasa oleh pihak atasan pengajian tinggi di dalam urusan undian kampus, dan campur tangan kerajaan dan badan politik negara, sehinggakan ada perasaan tidak puas hati dan membawa masaalah ini ke mahkamah dan sebagainya. Yang jelas ialah isu ini timbul kerana adanya pilihanraya itu sendiri. Apa pentingnya pilihanraya kampus? Pilihanraya umum Malaysia nampaknya tidak cukup untuk memberikan semangat berpolitik kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Sehinggakan anak-anak kita di galakkan berpolitik sejak dari di institusi pengajian Tinggi. Perebutan kuasa dia ajar pada mereka dan nampaknya aktiviti ini semakin parah. Malah kini ia ditaja oleh badan-badan politik di negara kita dan melibatkan jumlah wang besar. Mungkin duit sendiri, namun disyakki duit kerajaan dan duit rakyat. Tentu tidak mustahil.Maka seboklah bermesyuarat di PWTC, makan dihotel-hotel dan menyiapkan persiapan – persiapan untuk pilihanraya. Kalau dulu anak susah untuk balik kampung kerana banyak tesis dan menyiapkan projek yang diberikan oleh pensyarah, kini anak susah untuk balik kampung akibat sebuk berpolitik. Pelajar kini berpecah pada 2 pihak, pro-pembangkang dan pro-pemerintah atau dikenali dengan nama Aspirasi.Kakitangan dan Pengetua pusat pengajian juga nampaknya beria-ia dalam menyokong pemerintah sehinggakan mereka juga turut bersekongkol dalam memenangi calon pro-pemerintah. Mengikut saudara saya yang berada di institut pengajian tinggi, terdapat ramai juga yang memasuki kawasan pusat pengajian yang terdiri dari orang – orang luar yang cuba untuk memberikan sokongan dan campurtangan dalam sistem politik kampus itu sendiri.Dalam isu politik kampus ini, kebanyakan pelajar yang bergiat adalah terdiri dari bangsa Melayu, sedangkan kebanyakan bangsa asing tidak ambil peduli langsung tentang politik. Cuma diarah turun undi, maka turun lah mereka. Selepas itu lesap, hilang, masuk khutub-khanah. Menjadi kebanggaan setengah-setengah Pihak untuk melibatkan diri dalam politik kerana menjadi terkenal dan mempuyai kuasa yang tidak seberapa dalam kampus. Namun jelasnya tumpuan pelajaran mereka terjejas. Walaupun dinafikan tentang kejatuhan prestasi, namun masa untuk pembelajaran akan terjejas akibat menumpukan masa mereka dengan merancang, menyiapkan dan berkempen untuk pilihanraya tersebut.AKIBAT PILIHANRAYASudah banyak contoh kepincangan dan kasih berbelah bagi kepada rakyat akibat fahaman politik negara sekarang. Tidak dinafikan juga bahawa politik dikampus juga akan mengakibatkan sikap sedemikian. Layanan yang tidak seimbang, dalam berpolitik dan memberi kemudahan untuk pembelajaran, malah lebih merosakkan lagi ada yang sanggup memukul dan menghina pelajar yang berfahaman politik pro pembangkang. Banyak risiko boleh diperolehi dari politik dikampus, contohnya seperti berikut: -RISIKO SEMASA1. Pembaziran masa pembelajaran untuk sebok dalam pilihanraya2. Berpuak – puak di dalam kampus dan sikap bermasam muka diantara pelajar 1 bilik dan 1 kuliah.3. Permusuhan diantara penyokong mengakibatkan kehancuran bangsa MELAYU.4. Sikap tidak adil kakitangan kampus dan sokongan kakitangan kampus.5. Penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan kampus termasuk pengarah dan HEP.6. Pembaziran wang dalam menyediakan persiapan pilihanraya termasuk duit sediri dan duit kerajaan.7. Pemunduran prestasi pelajaran pelajar yang ketara, namun cuba ditutup dengan kelulusan bagi pihak propemerintah.8. Melibatkan campurtangan kerajaan dalam pilihanraya kampus sehinggakan tanggung-jawab sebenar kerajaan ditinggalkan.RISIKO JANGKA PANJANG1. Rasuah dan merosakkan jabatan serta urusan pekerjaan mereka (seperti masakini).2. Sifat menjaga kroni (seperti masakini).3. Gila Kuasa seterusnya menjadikan mereka Gila Pangkat. (seperti masakini).4. Lupa Tanggung-jawab. (seperti masakini).5. Kelulusan yang rendah dalam jumlah CGPA. (seperti masakini).6. Berpolitik di tempat kerja. (seperti masakini).7. Sikap bermusuhan sesama pekerja yang PRO-pengarah 1 dan PRO-pengarah2. (seperti masakini).8. Lupa tanggung-jawab untuk memajukan syarikat. (seperti masakini).9. Sikap negative dalam menerima tugas dari majikan. (seperti masakini).10. Sikap memerintah dan bukan menerima arahan dikalangan bekas pelajar. (seperti masakini).11. kenaikan pangkat ketika alam pekerjaan dihasilkan lebih dari pengetahuan politik dibandingkan dengan kebolehan sebenar pekerja menunaikan tanggung-jawab. (seperti masakini).Jika difikirkan dengan logiknya, mencari wakil ketua di dalam kampus, tidak memerlukan pilihanraya. Pihak kampus sendiri boleh memilih siapa yang mereka mahu berdasarkan tahun pengajian, keputusan CGPA penuntut dan rekod kokurikulum mereka. Kenapa boleh dicari pelajar terbaik, sedangkan ketua pelajar perlu dipilih melalui pilihanraya. Memilih ketua mudah sahaja, macam pilih ketua kelas ketika sekolah rendah dan menengah. Kenapa perlu ada pilihanraya sehingga menghabiskan masa sehingga berminggu-minggu untuk membuat persiapan dan pelajar yang turut melibatkan diri dalam semua proses pilihanraya telah membazirkan banyak masa? Jika dikatakan pemilihan wakil pelajar selama ini adalah tidak adil, adil sangatkah kalau wakil pelajar dipilih melalui pilihanraya? Adil sangatkah jikalau kemenangan pilihanraya lebih kepada pro kampus dan kerajaan? Jangan cerita pasal demokrasi jika demokrasi digunakan untuk kemenangan bagi satu pihak? Adil sangatkah demokrasi? Akibatnya keputusan peperiksaan pelajar tidak seberapa dan sebagai tukang kempen, yang gagal tetap ditendang atau menjalani tempoh perhatian tambahan semestar. Sayangnya kerajaan terus memupuk remaja yang masih bersekolah menengah dengan penubuhan PUTERA. Sudah diberitahu, yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari UMNO.KESIMPULANApa rasionalnya pilihanraya di adakan dikampus, selain dari melalaikan, menjatuhkan dan merosakkan bangsa itu sendiri. Tidak ada guna kampus menghasilkan produk politik untuk masa depan negara, sedangkan produk professional semua bidang masih kekurangan. Malaysia akan lihat di masa akan datang, PWTC penuh, cakap banyak sedangkan tiada siapa untuk melakukannya. Contoh lain seperti, isu Noh Omar dengan dadahnya, tiada kejayaan. Sebab apa? Ramai sangat yang bercakap, sedangkan untuk melakukan kerja ke arah itu, 2 ke 3 kerat. Siapa yang rugi? Peruntukan kerajaan 13 juta setahun habis juga, peruntukan kondom dan jarum sebanyak 150 juta kini menunggu pula untuk dihabiskan, sedangkan dadah masih berleluasa dan terus menghancurkan rakyat dan negara.Kepada pemimpin negara, kalau setakat bercakap, semua orang boleh. Yang susahnya untuk melakukan atau untuk mempraktikkan. Negara kini kekurangan jawatan dan pekerjaan di dalam bidang professional dan penyediaan kelulusan pelajar sepatutnya berdasarkan kepada jumlah kekosongan jawatan semasa. Rasanya graduan lulusan politik, sudah berlebihan dan berlambak. Tak payah keluarkan lagi lah produk ini. Jangan nanti berdegar hanya di dewan, membisu pada kenyataan.
0 comments:
Post a Comment