ntah

_Rambut sama hitam. Hati lain-lain. (Memang la kan..)

Kisah 1
Teruna A: "Ey.. rambut ko mesti kerinting separuh kan?
"Gadis A: "Hah..?! Apsal pulak?
"Teruna A: "Yela.. sbb suara ko bagi training pun macam lembut2 je..
"Gadis A: "Hah..?! Ape pulak? Cane ko boleh tengok rambut dari suara?
" Teruna A: "Hah?
"Gadis B: "Takk.. maksud dia.. cemane ko boleh tau dari suara le..
"Teruna A: "Oho.. yela.. aku tau je la dari situ. Aku agak je..
"Gadis A: "Ade ke nak bagitau.. aurat la dol..

"Woo.. boleh tengok jenis rambut berdasarkan suara ek??

Kisah 2
"Kakjai.. harini masakkan kitorang nasik goreng tau.."
"Ala.. haritu kakjai masak pakai perencah.. cepat je dia hangus perencah tu.."

"Laa.. ni takde dah.. cepatla kakjai.."

"Alaaa... adik la masak.. adik kata nak jadi chef kan?
" (saje mengumpan)

"Emm..""Pastu adik masak sedap.. kreatif. Adik pakai perencah ciptaan sendiri.."

"Yela... yela.. adik masak. Tapi kan.. lepas SPM adik ingat nak masuk kelas masak la.. jangan bagitau mak tau.."
"Haaa.. bagus bagus. Kakjai support. Nanti kakjai bayar sume ye.."
"Yeke? Wah.." (sambil tersenyum lebar turun ke bawah masak nasi goreng)Woo.. masuk ni dah 2 orang dalam sejarah keluarga dan saudara mara aku apply jadi tukang masak. Dua-dua pun lelaki pulak tu. Best ek jadi chef?

.................

actually..aku pon xtau per yg aku nk tulis......sejak dua menjak ni asyik bengong jek....!!!!

hiba

oh hiba memang waktu ini kau lah teman ku
memang hidup, apa apa pun ajal yang kau tempuh

memang Tuhan sayang kan mu
ku tatap gamba wajah mu

harus ku terus kan hidup
walaupun perit tanpa mu
tetap ku peluk erat memori kau dan aku
harus ku teruskan hidup
walaupun perit tanpa mu
ku doakan agar kau sentiasa bahagia di sana

Gundah

gundah gulana
bagaikan penjara
sesekali ku buka mata
ingin sekali walaupun seketika

biar terus ku berlari dan lari
waktu yang sama ku mencari jalan keluar dari mimpi ini
biar terus ku berlari dan lari
waktu yang sama ku mencari jalan keluar dari mimpi ini

ku dikejar bayang hitam
memberi arahan yg buta
sesekali ku buka mata
ingin sekali walaupun seketika

biar terus ku berlari dan lari
waktu yang sama ku mencari jalan keluar dari mimpi ini
biar terus ku berlari dan lari
waktu yang sama ku mencari jalan keluar dari mimpi ini

takkan pudar, jika ku lepaskan segala nya kepada mu

biar terus ku berlari dan lari
waktu yang sama ku mencari jalan keluar dari mimpi ini
biar terus ku berlari dan lari
waktu yang sama ku mencari jalan keluar dari mimpi ini

Aku....

Ermmm…….agak lama juga aku membiarkan blog ini tanpa sebarang coretan. Mungkin disebabkan oleh kesibukan aku sejak akhir-akhir nie.Aku sibuk dengan study aku yang xpernah tamat dan sibuk dengan melemaskan diri aku dalam dunia arus perdana, yang xpernah berhenti dari menyesatkan dan melekakan. Dengan pelbagai propaganda yang merosakkan akal fikiran. Tetapi bila difikirkan balik, propaganda arus perdana ni lah yang menjadi santapan enak yang mengeyangkan minda sehari-hari. Sebenar post kali ini aku bukanlah hendak menceritakan mengenai keindahan dunia arus perdana yang penuh dengan seksim,seksis dan hiporkitism. Tetapi aku hendak menceritakan mengenai perjuangan aku yang seakan sia-sia dan tidak relevan. Aku yang selama ini terpengaruh dengan ideology bodoh haluan kiri yang belum pasti mana akhirnya. Ya…memang aku seorang punk…Minda permikiran aku punk, tetapi jangan salah anggap maksud punk yang aku cuba sampaikan. Aku bukan lah punk yang macam tersiar dalam Edisi Siasat yang makan sampah. Aku juga bukanlah punk yang gila dengan ideology berpuak-puak dan nazism,dan aku juga bukanlah punk dengan rambut Mohawk yang berwarna-warni dan berseluar ketat. Bagi aku punk adalah satu pemikiran yang memberontak yang ingin memperbaiki kecelaruan dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita. Punk yang memperjuangkan hak-hak kemanusiaan.menentang para kapitalis bangsat yang hanya mengambil kesempatan keatas kemakmuran negara ini. Juga memperjuangkan penentangan keatas pemimpin yang gila kan kuasa. Semua perjuangan bodoh ini bermula ketika aku berjinak-jinak dalam scene punk dan hardcore. Minda muda aku yang agak rebel ketika itu terpengaruh dengan perjuangan-perjuangan tersebut yang entah mana akhirnya. Kini setelah jiwa aku dipenjara dengan permainan ideology punk ini,baru aku tersedar yang semua ini akan tiada penghujungnya. Tiada lagi perjuangan haluan kiri yang bodoh dan tiada lagi pemberontakan yang entah mana hujung pangkalnya. Aku juga baru tersedar, untuk mengubah sesuatu itu kita perlulah mempunyai cukup kuasa. Tanpa kuasa,perjuangan itu hanyalah menjadi ideology sampah. Aku disini tidak bermaksud untuk menolak perjuangan ini kerana ia masih relavan. Tetapi berjuang dengan cara yang baru. Aku juga tidak menafikan bahawa disebalik perjuangan scene punk dan hardcore yang mengamalkan cara hidup straightedge iaitu cara hidup yang tidak mengamalkan sex bebas,tidak minum arak,dan tidak mengambil dadah ada juga yang membawa kesesatan. Tapi itu bukanlah cara hidup perjuang punk yang sebenar.ia telah dipengaruhi oleh dunia mainstream yang membawa kepada kesesatan dan kini hanya music yang ada didalam jiwa aku. Kesimpulanyan disini,perjuangan bawah tanah ini hanya akan berjaya jika ada kuasa.Untuk mencari kuasa itu ada pelbagai cara.Dan hanya kita yang boleh memilih cara itu.

Current playlist: The Beatles-yellow submarine

Sesuatu yang indah itu tidak semestinya berkesudahan dengan kegembiraan.....!!!

Start cuti...

Bapak bosan...dah ler sengkek...!then smokes the jokes..!heheheee
perumpamaan yang bersangkut paut dengan dunia bola sepak.
Bersemangat seperti John Terry/Gattuso
Gigih seperti Carlos Tevez
Panas Baran seperti Wayne Rooney/Gravesen
Bengis seperti Morgan(kapten Sheffield United)
Kuat seperti Didier Drogba
Tenang seperti Zidane/Makelele
Kelam kabut seperti Robben/Shaun Wright Phillips
Tua seperti Emerson
Tinggi seperti Peter Crouch
Bangang seperti Baptista
Tajam seperti Berbatov/Van Nisterooy
Pendek seperti Guily
Penipu seperti Rivaldo
Pengalaman seperti Maldini
Gemuk seperti Ronaldo
Laju seperti Henry/Eto’o
Licik seperti Messi
Tak hensem seperti Ronaldinho
Hensem seperti Kaka
Bodoh seperti Bodo Illgner
Cekap seperti Reina/Dudek
Jahat seperti Materazzi
Coklat seperti Wes Brown
Cerdik seperti Arsene Wenger/Guss Hiddink
Muda seperti Luke Young
Skill seperti Ronaldinho/Cristiano Ronaldo
Makin tua makin menjadi seperti Roy Keane
Makin tua makin tak guna seperti Roberto Carlos/Raul
Ganas seperti Hatem Souissi
Tak guna seperti player import pahang
Bodoh tapi berlagak terrer seperti Zainal Abidin Hassan
Baik berenti main bola seperti player Pahang
Terrer tapi takde luck seperti team futsal Taman Permai
Ada lagi sebenarnya tapi gua dah tak larat nak fikir.Perumpamaan ini sesuai digunakan dalam perbualan seharian samaada ianya berkaitan bola sepak atau tidak berkaitan langsung.Contoh ayat:
“Perghh,gua tengok Potet tu gemuk macam Ronaldo tapi finishing tajam seperti Berbatov!”
atau
“Pok Mat tu dah tua seperti Emerson tapi jiwa pulakmasih muda seperti Luke Young.Pantang nampak makwe garing sikit,pasti di’suit’nya”
Diharap perumpamaan ini dapat dijadikan panduan oleh kaki-kaki bola dalam kehidupan seharian.Sekian,terima kasih.

aLAhai Kancil....

Pagi tue gua ngan xmandi...terpaksa kuar dari kolej nk antar member gua g stesen bus.Ngan muka yg kusut masai dan mata yg stim gua bersiap alar..kadar..!!!spray2 aper yg patut terus sarung jaket n pki suar jeans lusuh gua...berlari g keter terus jmper member gua..gua ngan hati yg xikhlas dan hangin satu badan pon dan dicampur lg ngan aura ngatuk bawa ar keter tue ngan sestylonya....dah smpi kat bus stand member gua pon hulur ar 5 hinggin...duit minyak katernyer..gua amek je ar..gua mmg xikhlas antar dier..gua kenangkan abang dier blood brother gua,sbb tu gua antar.kalo x g mampus ar ngan dier...On the way balik..ngah best drive smbl dgr lagu siti nurhaliza tetiba wa rasa keter ni semcm jek..gua ingat enjin kancil evo ni dah gugur..gua pon park ar kat tepi jalan..wa kuar..wa tgk..perghhh..tayar keter dah senget.bapak ar..!!saper ar nak bayar nie..sial ar..dah ler panas terik..time pose lak tue.nak jek guar bakar keter tue..Lahanat betul.Gua duk jap kat tepi kedai makan tue..tetiba ada plak seorg amoi dtg kat wa..smbil berkata"lu mau air ka?sejuk ada..panas ada"pergh kalo ikutkan ati nak je gua buka..!
Gua kol badek..badek dtg.!lepak umah tocau tido..keter biar dulu kat situ.esok g bengkel..pergh...kener RM520 kan..dalam poket gua ada serat lebih jek...!!!xraya ar gua..!Saper salah skang,gua or member..!!!!

P/s:Gua ngah penin nie.....

Hati Borhan from Hilang Punca

Borhan seorang peminat sukan bolasepak nombor satu. Dia dah layan bola ni sejak zaman liga semi-pro. Handal tak handal, semua pemain bolasepak liga semi-pro dia kenal nama. Semua negeri. Termasuk pasukan polis dan tentera yang masa tu memang sayur habis. Kalau lawan Pahang, semua jadi budak pengakap.Zaman tu, dia memang kuat pergi stadium. Kalau Pahang main dekat tempat sendiri, mesti tengok walaupun ada siaran langsung dalam tv. Member-member semua pergi stadium, apa barang tengok kat rumah. Makcik makcik je tengok kat rumah sambil lipat kain. Itu pun ada anak yang tak reti bahasa, orang nak tengok bola dia boleh alih nak tengok opah.Bila masuk era Liga M, dia dah tak berapa. Zainal Abidin Hassan pun dah main bek. Dunhill dah berenti supply duit rokok. Main dah banyak melompat. Khairul Azman merajuk pindah Sabah. Ada satu dua tahun tu takde pemain import. Astro pun dah sampai bawak siaran langsung bola orang putih. Dulu cuma dapat tengok highlight. Tak pun Road To Wembley. Sekarang semua jenis bola dapat tengok.Masuk era liga Super, Borhan ingat dah berubah. Ingat main tak melompat sangat. Dia pun merempit pergi Bukit Jalil tengok perlawanan pembukaan Liga Super. Pahang lawan Perak. Main macam beruk. Terlompat lompat. Orang ni tanduk, orang ni balas tanduk. Orang ni sepak jauh jauh, orang ni pun lagi jauh sepaknya. Bila tengok dia dah jadi berdosa. Sebab membazir. Sebab memaki hamun dan mencarut.Sejak itu Borhan dah tak percaya dengan bola Malaysia ni. Apa jenis bola Malaysia pun dah tak boleh pakai katanya. Main bola dah tak gaya main bola. Pergi stadium pun tak payahlah katanya.Sekarang Borhan tengok bola dekat TV. Bayar pun bayar le. Kali ni tengok Real Madrid main..peh bisa. Tengok Arsenal main..peh dia punya kontrol. Tengok Espanyol main pun..peh juga. Cuma ada sekali tu tertengok Pahang lawan Perlis..peh..! macam haram.Baru baru ini Malaysia dapat main Piala Asia. Itu pun nasib nasib. Jadi tuan rumah punya pasal. Kalau tidak jangan harap.Borhan intai intai juga skuad Malaysia ni. Yelah serba serbi baru sekarang. Jersi baru. Cantik. Nama pun dah Harimau Malaya. Borhan tertanya-tanya. Adakah Malaysia kali ini benar benar berdaya saing untuk kempen Piala Asia. Yelah Piala Asia ni bukan runcit runcit punya piala. Mesti diorang berlatih sungguh sungguh. Mana tau kot kot Juara. Boleh juga tengok Malaysia main Confederation Cup dekat dekat nak World Cup nanti. Lawan Brazil, lawan juara juara benua lain.Perlawanan pertama Malaysia lawan China. Borhan tak pergi stadium. Tengok kat rumah dulu. Borhan bajet Malaysia boleh seri. Sekali tengok. Peh. Anak dia yang darjah 1 tu tak pasal pasal kena pelempang. Kes suruh cari sepit kuku tak jumpa je. Marah betul Borhan. Entah apa apa main. Budak rambut panjang yang jaga gol tu keeper bola ke kerja pejabat pos?Tapi Borhan simpan juga harapan. Boleh lagi ni. Boleh lagi. Ada can. Perlawanan kedua Malaysia lawan Uzbekistan. Borhan teringat star star lama Uzbek. Abduraimov Azamat dengan Igor Syhkrin tu main Pahang dulu terer terer macam tu je. Boleh ni buat kejutan.Awal awal dah kena sebijik. " Bodoh betul keeper.." kata Borhan dalam hati. " Boleh lagi ni..boleh lagi kejar.." kata hati Borhan yang paling dalam sekali. Peh sekali kena lagi. Lagi teruk. 5-0. Semua pemain Malaysia kena maki dengan Borhan. Tapi pemain Malaysia dalam tv tu buat muka rilek je. Ada yang siap kunyah singam. " Yang makan singam tu kalau lalu sebelah aku tak payah tanya apahal le kalau kena paip kepala.." Kata hati muda Borhan.Dah takde can. Pergi mati le team bola Malaysia. Borhan betul punya marah dan meluat. Perlawanan ketiga. Malaysia lawan Iran. Borhan buat tak tau je. Dia main solitaire dekat kompiter. Sekali ada bunyi sorak kuat sikit. Shukor Adan buat try bahaya.Dari meja komputer, peh..Borhan intai juga. Intai ikut celah celah bunga dalam pasu atas rak telefon." peh..sikit je lagi.." kata Borhan dalam hati yang agak dalam sambil terjenguk jenguk ke TV.Borhan..Borhan..hati kau terlalu lembut dengan team bola Malaysia..

Hishamuddin Rais : Semangkuk Pondan dan Seekor penyanyi Karaoke..

Mengikut kata seorang pondan tua yang bernama Mao Tze Dong - jika kamu di serang ini adalah satu yang baik. Kamu telah melakukan sesuatu yang tepat dan betul kerana itu kamu di serang. Jika kamu tidak di serang maka kamu telah serupa dengan musuh kamu. Kamu telah merosot. * Di pungut dari Kitab Ajaran Kurang Sahih Untuk Pondan-Pondan – Di Malaysia ini kita banyak tukang lawak. Kita tidak perlu membeli komik atau masuk ke dalam panggung atau ke Parlimen untuk mendengar pelawak-pelawak membuat ‘stand up comic’. Buka sahaja akhbar harian atau tonton sahaja TV tempatan, saya jamin kita akan terbahak-bahak ketawa. Ha ha ha. Banyak lawak yang boleh di pungut. Lawak terbaru yang didengari oleh telinga saya ialah kesah-kesah semangkuk pondan dan sekor penyanyi karaoke. Saya tidak tahu apakah semangkuk pondan dan seekor penyanyi karaoke yang menjadi berita hangat sebulan yang lalu ini adalah malaon-malaon yang sama. Saya sebenarnya telah banyak mengenali mangkuk-mangkuk pondan ini. Mereka berselirat bukan sahaja di Malaysia yang gemilang dan terbilang ini, malah mereka bersarang di merata pelosok dunia. Di mana ada talian internet maka mereka pun menyundal dan memondan. Kerja mereka tidak lain dan tidak bukan hanya memondan dan memondan sahaja. Apa yang mereka pondankan setiap malam hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui. Sesekali apabila mereka telah penat memondan mereka menjadi sekor penyanyi karaoke. Hebat memang hebat transformasi ini, lebih hebat dari Metamorfosis Kafka. Jangan lupa dan jangan silap anggap, pada ketika ini peranan mangkuk-mangkuk pondan ini cukup memberahikan. Mereka ini adalah kumpulan penekan dari belakang yang memiliki kudrat dan iradat yang kuat sekali. Tanpa bantuan K-Y Jelly atau Viagra mangkuk-mangkuk pondan sedang menenyeh dari kiri, kanan, depan dan belakang. Mereka memondan sambil mengasak apa sahaja yang mereka fikirkan perlu digintil , dikulum dan digoyang. Si Mamat Bush dari Rumah Putih telah lama diraba, dirasuk , dikocok dan dikocak oleh mangkuk-mangkuk pondan ini. Kelam kabut Rumah Putih sehinggakan Karl Rove yang menjadi kepala lutut opps ... bukan kepala lutut tetapi kepala hotak George Bush terpaksa meletakkan jawatan. Hebat peranan mangkuk-mangkuk pondan ini. Tanpa segan tanpa silu mangkuk-magkuk pondan ini tanpa henti-henti telah membocorkan rupa bentuk seluar dalam yang di pakai oleh Bush. Bayangkan George Bush tanpa seluar dalam ketika membuat sidang akbar. Pasti anunya dilihat kecut melentuk sejuk. Ha ha ha. Presiden Amerika Syarikat, negara terkuat dalam dunia ini terpaksa berucap di TV nasional untuk ‘ merayu dan menangis’ kepada rakyat Amerika sesudah meletupnya bangunan WTC New York pada 9/11 dahulu. Bush ‘menangis ‘ meminta rakyat Amerika jangan percaya kepada mangkuk-mangkuk pondan yang menuduh letupan itu adalah kerja orang dalam. Ha ha ha. Hebat mangkuk-mangkuk pondan ini sehinggakan presiden Amerika pun terpaksa merayu dan menangis. Hari ini rakyat Amerika semakin sehari semakin ramai yang tidak percaya kepada rancangan TV lawak bodoh George Bush. Rakyat Amerika semakin gian dan percaya dengan mangkuk-mangkuk pondan yang sedang syok sendiri. Mangkuk-mangkuk pondan ini selalu menyanyi di klab-klab karaoke sambil berseloka tentang letupan 9/11 itu adalah rancangan kabal-kabal Zionis. Tanpa mangkuk-mangkuk pondan ini memondan dan menyundal tentang Bangunan 7 di WTC New York, pasti dunia hanya akan tahu tentang dua bangunan yang runtuh pada pagi 9/11. Mangkuk-mangkuk pondan ini tidak henti-henti memondan hinggakan Robert Fisk wartawan tersohor dari akhbar Independent terpaksa memondan sama. Kini Robert Fisk telah mula bertanya tentang bagaimana Bangunan 7 tiba-tiba runtuh. Hujan tidak ribut pun tidak tetapi Bangunan 7 runtuh. Untuk saya ini cukup jelas membuktikan bahawa mangkuk-mangkuk pondan jenis ini bijak dan arif kemutnya dari pondan di Batu Road. Saya tidak tahu kenapa mangkuk-mangkuk pondan ini begitu berjaya membuat syair dan seloka berbanding dengan rancangan TV Debat Perdana. Puluhan rancangan berita dari stesen-stesen TV arus perdana di Amerika kini sedang dilihat sebagai iklan-iklan bodoh kerajaan. Akhbar arus perdana di Amerika juga semakin sehari semakin merosot dan di tinggalkan pembaca. Rakyat Amerika berpusu-pusu ingin melanggan mangkuk-mangkuk pondan ini. Atau mereka sendiri ingin memondan dan menyundal. Apabila popular maka persoalan timbul - apakah pondan-pondan ini ada memakai ilmu hitam? Atau mereka ada memakai susuk? Atau kemutan mereka cukup kuat sehinggakan presiden Amerika terpaksa menjerit syok. Rasa saya persoalan ilmiah seperti ini hanya akan dapat di jawab melalui kajian oleh universiti-universiti apex kita, terutama Universiti Sintok. Sila ambil perhatian! Ejaan universiti ini bukan A-P-E-K tetapi A-P-E-X. Universiti Apek Senario telah lama berdengung di stesen TV3. Pada hemat saya mangkuk-mangkuk pondan ini cukup versatil – jantan boleh betina pun boleh. Depan boleh belakang pun boleh. Radio boleh TV pun boleh. Asalkan mereka dapat menyundal dan memondan mangkuk-mangkuk ini tidak mengira jenis. Inilah perangai pondan yang sedang menyakitkan hati dan menyedihkan sanubari banyak negarawan-negarawan dunia. Dari China ke Chile , dari Malaysia ke Merokko, dari Tehran ke Turki – mangkuk-mangkuk pondan ini sedang menyundal dan menyebarkan virus bebas yang pasti tidak akan ditemui suntikan untuk melawannya. Mari kita lihat pula bagaimana Tony Bluur, yang kacak lagi jambu tetapi akhirnya melutut kepada tekanan belakang dari mangkuk-mangkuk pondan yang semakin berpengaruh. Tony betul-betul menjadi ‘blur’ apabila semua ucapan dan saranannya tidak diambil indah oleh rakyat. Rakyat di United Kingdom, sama seperti di Amerika kini telah menjadi gian dengan mangkuk-mangkuk pondan yang menyundal siang dan malam. Pengaruh pondan ini cukup meluas. Hasilnya, setiap akhbar arus perdana di Britain hari ini terpaksa memasukan ruangan berkenal suai dengan mangkuk-mangkuk pondan tempatan atau dari merata dunia. Akhbar arus perdana pada ketika ini tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa kemutan pondan lebih menyengat. Para pembaca yang telah di kemut pondan akan terus gian dengan kemutan pondan. Kita harus menerima hakikat bahawa media arus perdana lubangnya telah rahai dan longgar. Syoknya telah habis. Memang betul bukan semua kemutan mangkuk-mangkuk pondan ini menghasilkan pancutan. Banyak yang bergoyang-goyang tapi tidak terpancut. Memang betul ramai mangkuk-mangkuk pondan ini yang memondan dan menyundal hanya syok sendiri. Rasa saya tidak salah jika kita terima hakikat bahawa mangkuk-mangkuk pondan jenis ini telah bertukar menjadi sekor penyanyi karaoke. Kebanyakan penyanyi karaoke ini adalah mangkuk pondan-pondan pencen yang pada satu ketika dahulu kerja mereka hanyalah menyundal, memondan, membodek dan mengampu tuan-tuan mereka. Tiba-tiba air bah dan pasir berubah. Mereka hampir kelemasan fulus. Mangkuk-mangkuk pondan ini yang pada satu ketika dahulu mendapat banyak kontrak tiba-tiba kehilangan pelanggan. Tekak mereka kering kerana lama tidak menghisap dan mengulum. Lalu mereka menjadi sekor penyanyi karaoke yang syok sendiri. Ketika mereka ‘top dan hot’ dan sering dilanggan dahulu, mereka lupa untuk membuat kemutan kuat yang dapat menggoncang alam. Mereka hanya membodek. Tetapi saya masih bersimpati dengan mangkuk-mangkuk pondan jenis ini. Saya cadangkan mereka menggunakan teknologi botox untuk membesarkan buah dada dan membesarkan otak. Kurangkan keilmuan dalam teknologi ampu. Sebagai seekor penyanyi karaoke yang syok sendiri mangkuk pondan jenis ini jangan menyanyi mengikut rentak pelanggan. Sebagai seekor penyanyi karaoke mereka seharusnya menyanyikan lagu yang mereka suka. Bukan lagu yang diminta atau di pesan. Mangkuk-mangkuk pondan ini tidak akan habis-habis atau dapat di pupuskan. Rancangan- rancangan untuk melawan virus mereka hanyalah satu mimpi. Semakin dilawan semakin ramai mangkuk-mangkuk ini. Media arus perdana hanya ada satu ubat. Mula mengemut macam kemutan mangkuk-mangkuk pondan ini. Bila ini terjadi maka orang ramai dapat membuat pilihan – kemutan siapa yang lebih menyengat. Barulah kita akan tahu siapa yang sebenarnya syok sendiri. End

Puasa dan Aku...!

alhamdullilah...Ramadan datang lagi..cuma aku mungkin kurang bersedia...dengan ilmu yang agak picisan ini....aku berharap ramadan kali ini adalah ramadan yang paling baik semenjak aku lahir kedunia yang penuh hipokrasi ini....Insyaallah..!

.................

Saya bukanlah seorang komunis karena komunisme mempersatukan masyarakat dalam negara dan terserap di dalamnya; karena komunisme akan mengakibatkan konsentrasi kekayaan dalam negara, sedangkan saya ingin memusnahkan negara --pemusnahan semua prinsip otoritas dan kenegaraan, yang dalam kemunafikannya ingin membuat manusia bermoral dan berbudaya, tetapi yang sampai sekarang selalu memperbudak, mengeksploitasi dan menghancurkan mereka” - Mikhail Bakunin

SELAMAT BERPUASA...!


P/s:Fatiza , kurang2 kan lah korek idung tue...!heheheheeee

Papan Seluncur Dan AKu 2

Noseslide Shah Alam Skatepark


My Girlfriend.....

Aku Bukan Jahat......

Sejak kebelakangan ini,aku sering terpikir...aku ni tergolong dalam manusia yg jenis maner....Jahat ker aku nie atau baik????Tapi aku rasa aku ni xdelah baik dan xder lah jahat...Mungkin nakal2 manja...Ntah ler....Terpulang lah kepada sesorg individu tu menilai aku...!K la...aku nak wat eksperimen ujian kekebalan paru2...!ngehhhh...!


Current playlist:Ludah Amerika by HUJAN

MERDEKA.....

Manusia lebih memandangkan benda yang zahir dilihat daripada benda yang tidak terzahir. Cukuplah bendera terbesar, kek berhiaskan warna bendera Malaysia, terpanjang, bendera dipasang dipohon kelapa dan hiasan cantik berasakan warna-warna bendera Malaysia di rumah-rumah dan bangunan-bangunan.Cubalah perhatikan kemampuan anak bangsa Malaysia mencapai kedudukan tertinggi dalam pelbagai bidang, nilai-nilai intelektual sebenar anak bangsa dan lain-lain kemampuan yang tidak boleh diukur dengan mana-mana tahap ketinggian, kebesaran, kejauhan atau kecantikan-kecantikan yang terzahir.Tanya pada diri kita adakah cukup rasa merdeka kita dengan mengibarkan bendera sahaja. Atau belayar sekeliling dunia. Atau berenang di lautan luas. Atau menciptakan sajak bertemakan tentang hari Merdeka. Atau menyanyikan lagu-lagu patriotik.Dan jangan kita lupa hari ini, bahawa ada seorang lagi yang lebih penting jika hendak dibandingkan dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir.Datuk Onn bin Jaafar. Pemimpin yang kerap kali disisihkan pada hari yang mulia ini.Datuk Onn adalah pemimpin perintis kemerdekaan, cuma beliau mati dalam pihak opposisi. Beliau juga telah mendepani masanya, mengilhamkan bahawa penting wujudnya satu parti pelbagai kaum, UMNO tetap dengan parti berteraskan satu kaum, tidak bersetuju dengan apa yang beliau cadangkan.Langsung beliau keluar dari UMNO, menubuhkan parti pelbagai kaum -- parti IMP (Independence Malayan Party).Beberapa orang lagi lagi yang patut kita ingat ialah Chin Peng, Rashid Maideen, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh. Mereka berjuang, tetapi dengan cara yang agak berlainan.Bagi yang sudan terkorban kita hadiahkan al-Fatihah.Bagi mereka yang lahir pada zaman pasca 31 Ogos 1957 berhati-hatilah, kalau dulu penjajahnya berkulit putih, tetapi kini, penjajah zaman kini menyerupai muka-muka kita.Selmat Hari Kebangsaan ke 50!

Lazy Bone...!

Many of my fwen ask me...why my blog is not updated...The answer is simple..!im kindda lazy...and the internet connection in my area is so sux.....!but like my granpa said"better have than never"...I just trought very harsh hard day in this semester...all shit problems happen to me and my fwen....!its start went we got caught by pak guard while we oriented part 1...we have been charged for ragging and drugs.....shit man..!i lost my mood to study.....!arghhhh...but at least after my trial in uitm stupid court , i still studying in that fucking uitm..!ohhh god.......


Current Playlist=Hujan;Amoi chatek

WHAT HAPPEN TO ME????

Masih aku ingat lagi kali pertama aku bersua dengan dia . Segala urat saraf yang membawa darah ku ke jantung mengalir deras sehinggakan aku berasa susah nak bernafas dan seperti baru saja menerima kejutan elekrik . Lidah ku kelu , langsung tidak boleh mengeluarkan kata-kata…seolah-olah dipukau dengan lirikan matanya yang tajam . Sukar untuk ku gambarkan , perasaan apakah yang sedang melandaku . Entahlah…!
Pertemuan itu membuatkan hari-hari aku bercelaru . Malamku rasa sungguh panjang…! Seringkali aku terjaga dari tidur kerana mimpi akan dia . Hampir setiap solat ku (walaupun aku sering meninggalkan solatku tapi aku cuba untuk melengkapkan solatku setiap hari) , aku berdoa agar dapat bertemu dengan nya lagi .
Mungkinkah aku dah jatuh cinta ataupun dah keener penyakit angau……????Sejak cuti semester bermula….makin kuat fikiran aku memikirkan dia….! Ini mungkin adalah post aku yang paling jiwang setakat ini . Ini menunjukkan betapa keras dan rock nyer seseorang itu…dia tetap tidak dapat mengelak dari jatuh cinta . Aku berharap semester akan datang aku dapat berjumpa dia dengan lebih kerap………………………AKU ANGAU KER??????

Cuti dan Keje...!

Skang dah start cuti sem....!aku boring gler duduk umah..nak kuar pon bukannyer ada awek.....!Jadi aku pon keje ar sementara kat MC D...Leh gak ar aku beli kasut baru nanti..Huhuhuuuu;p

AKu Dia Dan Papan Selaju....!


Aduh.....kejamnyer doktor gigi...!

Ni lah gigi aku yg baru lepas dibedah ari tue....!Aku wat SDS.....bengak seminggu pipi aku..Sakit mcm orang nak bersalin...!

SELAMAT PENGANTIN BARU....!


Selamat pengantin baru cik ja....Moga2 dapat ramai anak2..!huhuuuuuu!

Hari yg membosankan...........!

Aku....bgn jek pagi terus siap2 mandi,sarapan g library sbb nak study Marketing ngan Nabiha..(heheheeee...smbl memarket diri ler tueee....)..Tp minah nie xjd dtg plak..Jd aku ngan bangga dirinyer pon g la menerjah bilik IT kat Library nie..Bosan aku berlegar2 di ruang maya yang terlalu besar untuk aku terokai ni.....Nasib baik ler ada seorang minah yg ayu duduk kat Pc depan aku...leh ler cuci mata..heheeee...!tp aku pon satu...paper dah dekat..relax jek..huhuhu(alar...biasa ler..scorer makerting kan).....Huhuuuu!-tamat-

Kisah Si Hawa dan Adam nya.....!

Perghhh……esok aku ada test statistic . Satu aper pon xstudy lg..!Jadi aku , badek a.k.a Abang botak dan sepat a.k.a Korea celup pon terpaksa ler mengskemakan diri untuk study di library dan secara tidak langsung mencapapkan diri di library . Jadi bermulalah perjalanan tiga jejaka tampan ini ke library dengan harapan dapat skor dalam test statistic tue . Malam tue sampai jek kat library kami pon terus melakukan pembersihan mata dengan melihat gadis-gadis uitm yang comel-comel study bersama boyfriend-boyriend mereka , heheheee…aktiviti tu Cuma sebagai mukadimah jek…!;p Xsangka ek….tempat yang menyimpan banyak ilmu ni pon diorang leh jadikan tempat dating dan secara tidak langsung tmpt buat dosa…Aku n the gang mengambil tmpt di tngkt satu library sebab kat bawah dah terlampau ramai sgt umat manusia . Sesampai jek kat tgkt satu library aku terperasan lah dua kalibat manusia(couple ar tu)….ngah study sambil dating , pasangan couple tue mmg aku kenal sungguh lebih2 lg yg dari golongan hawa tue . Yang aku nak citer kat cni pasal si hawa ni ar....setahu aku si hawa ni baik budaknya , pandai(setakat nie Dean list tiap sem) , berdisplin dan cantik gilerrrr......sesuai kalo nak wat bini . Aku mmg suka tgk si hawa ni…macam perempuan melayu terakhir . Tapi lantaklah diorang , aku bukan nak tgk korang dating ....asalkan korang xwat paper...!Jadi aku pon lepak lah study ngan 2 orang member aku ni kat dalam discussion room . Lepas jek bunyi lonceng library berbunyi yang menandakan library nak tutup .....aku n the gang pon kemas-kemas barang dan blah dari situ . Sampai jek kat pintu library aku terserempak lagi ngan couple td . Aku tgk diorang mesra sekali……..mcm couple2 yg lain ….!Perkara yang xsepatutnya si hawa tu buat telah berlaku….Perkara yang aku anggap salah dan pertentangan ngan anggapan baik aku terhadap si hawa ……Aku Cuma boleh tersenyum…..melihat akan adegan itu….Dalam hati aku berkata "Inikah wanita yang aku pujakan dan inikah wanita aku hormat" . Aku mmg xbley terima ngan kejadian tue , mmg aku akui ada sedikit perasaan sayang aku kat si hawa tu(hehehehe..kantoi kan????tp sayang jer ar bukan cinta;p)….tapi pada malam tue semuanye berubah…..Tiada lagi perasaan yang menyenangkan terhadap si Hawa . Terhapuslah status si hawa sebagai gadis yang memiliki cirri-ciri idaman aku…!Tiada lagi rasa hormat aku kat si hawa ini . Jika dulu kalo bertembung dengan si Hawa ini adalah rahmat dan menjadi penaik semangat bagi ku tapi sekarang dier hanya seorang gadis yang tidak punya aper-aper erti dalam idup ku........!Perkara ini menjadikan pengajaran pada ku bahawa sebaik mana perempuan tu kalo dah bercouple ttp akan melakukan benda yang sama mcm couple-couple lain....!Jaga hubungan kononnya.....kalo dah duduk berdua-dua kat tmpat kat xramai orang walaupon kat library......Tetap boleh mngundang maksiat dan fitnah.......!Kalo duduk berjauh masih boleh dipercaya lagi..tapi kalo kaki dah boleh berlaga.....Jaga hubungan pe nama tue..Semua tu karutan jek....!Tapi lantak ko lah Si Hawa......ko bukan girlfriend aku pon...jauh skali sedara mara aku.......!Aku Cuma boleh pandang dan lihat per yang berlaku . Kat sini , aku dapat simpulkan bahawa bukan semua orang bijak boleh berfikir bijak dan orang bodoh xsemesti tidak berfikiran bijak tentang kehidupan . Kalo grad dapat vc pon aku xrespect ar orang mcm si hawa nie.....terlalu murah harga diri dier......Aku nak minta maaf ar kalo ada yang tersingung tapi ini adalah realiti.........!Realiti mmg agak berat nak diterima dan itulah asam garam dunia.....!Mmg post aku kali ini agak jiwang kot...(huhuhuuuu) tapi sebagai manusia biasa aku xbley nak mengelak....Lagi satu aku bukan cakap bercinta itu salah tapi cara kita menzahirkan perasaan cinta tu mesti lah pada tahap dan landasan yang betul . Pasangan kekasih dengan pasangan suami isteri lain cara menzahirkan perasaan cinta . Ingat kita ni orang islam....Tu jek aku nak citer......!See you in the next post...!

Current playlist...
Ojo kelalen = Raihan

Ketuk-Ketampi....!


Siap-sedia untuk di periksa..................!;P

Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

Baca larrr ekkkk............:
1. seronok (dpt fitnah)
2. seronok (dpt dosa)
3. seronok (dpt geng dgn syaitan)
4. dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5. byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah),tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6. byk risau (takut awek kita org lain kebas..berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
7. byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
8. lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
9. menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )
10. lain-lain lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

hasil drpd pengalaman/pemerhat ian/analisa/ kajian aku terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;
1. byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak.
2. perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas-batas syarak.. nauzubillah. . pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. aku bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang macam-macam helah.kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama-lama dia sedar le..
3. sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/ pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le".betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk..tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...
4. bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat,kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit-cubit dan pukul-pukul pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..
5. ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..
6. ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa... lebih-lebih lg kalau tgk member2 lain dia ada awek.faktor sekeliling memperngaruhu suasana.
7. lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng' ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...
8. haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng' tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan dia try meng'ayat' awek tu....!huhhuu....!
Aku tulis nie bukan nak menunjukkan aku baik,tapi nak m'ingatkan aku sekali supaya jangan la nak wat benda bodo2 mcm kat atas nie . Yerlah , aku pon manusia biasa...lemah lg hina....!

Aku Yang Panas............!

Perghhhh…..arinie mmg aku menyirap gler….!Panas telinga aku dengar…orang yang patutnyer aku percaya dan hormat dah memusnahkan rasa hormat aku kat dier . Dier semua citer pasal ada seorang pendidik yang agak terlebih imaginasi atau terlebih ajar yang mengeluarkan kata-kata dan fakta-fakta sesedap rasa tanpa mengkaji atau meneliti ngan lebih mendalam . Pendidik nie kata bahawa para budak punk dan mahasiswa skang nie hanya tahu berhibur dan xmemikirkan tentang kepincangan politik di Negara ini . Aku tau yang si pendidik nie bukannya orang yang menyokong kerajaan . Dier berbangga dgn diri dier tue yang dah beberapa kali menyertai demostrasi dan dengan beberapa kali di tembak dengan gas pemedih mata dan water canon . Tapi ideology yang dier pengang skang ni salah dari pandangan aku , walaupun ada juga pemikiran dier yang selari dengan pemikiran aku . Aku xsuka dengan cara penyampaian dier yang di luahkan melalui rasa amarah dan xberasas . Bagi yang tak tau , aku nak menyatakan disini bahawa golongan punk nie lah yang banyak menyokong perjuangan reformasi dan mereka juga lah yang banyak menyerbarkan dakyah-dakyah yang menyokong pembangkang . Kalo kalian tak tahu lagi , aku nak nyatakan disini semasa berlakunya tragedy banjir di Johor , golongan punk ini juga banyak membantu mangsa-mangsa banjir melalui program Food not Bomb (FnB) , hampir semua keuntungan yang didapati dari gigs2 yang dianjurkan oleh golongan punk ini di dermakan kepada FnB . Pernah plak kita dengar para-para pensyarah ataupun mana-mana persatuan pelajar atau pon mpp dengan inisiatif sendiri untuk membantu para mangsa-mangsa banjir ini ,segala program yang mereka sertai untuk mangsa banjir tu semuanya dah dibentuk oleh kerajaan dan ada yang dilakukan secara paksaan . Pernah plak kita dengar Siti Nurhaliza turun padang bagi derma kat golongan mangsa banjir ini . Pernah plak kita dengar para menteri-menteri kabinet dengan rela hati menyampaikan derma peribadi kepada mangsa-mangsa banjir ini???Persetankan mereka, mereka semua telah dipengaruh dasar kapitalis yang Cuma ingin kan keuntungan . Korang ingat para menteri yang dating menyampaikan peruntukan tu guna duit diorang ke???Semua tu duit rakyat…Mereka Cuma nak publisiti sampahan jek .Lagi satu , pasal Band punk yang dijemput untuk membuat konsert tu . Mereka tidak menerima bayaran kerana sebenarnya punk ini membudayakan budaya do it yourself (DIY) . Mereka bermain muzik sebab muzik itu sendiri bukan untuk mendapat keuntungan , dan segala peralatan milik mereka dan crew2 yang bekerja juga adalah dari golongan punk sendiri . Punk sebenarnya adalah golongan yang berdikari , mereka tidak menyokong dasar mainstream dan capitalis . Cuba kamu teliti akan lirik-lirik band punk…mesej yang disampaikan amatlah berguna , mereka membincangkan tentang kepincangan politik yang melanda Negara ,rasuah , ekonomi dan sebagainya . Even kumpulan nasyid pon xpernah wat lagu-lagu mcm tue . Xabis2 lagu pasal cintan-cintun .Naik geli aku………..Aku kat sini bukan lah dari golongan sang ektrimis tetapi aku ingin menyatakan pendapat aku secara telus . Aku bukanlah talibarut mana-mana parti politik dan juga pengikut mana-mana aliran ideology tapi aku Cuma ingin memperbetulkan aper yang bercanggah dari landasan yang sebenar . Aku cukup tidak bersetuju dengan cara pemikiran pendidik ini yang cuba menyekat acara-acara hiburan yang dianjurkan oleh pihak pelajar . Dalam islam pun hiburan tidaklah salah tapi jangan lah terlampau taksub dan ia hendaklah perpada-pada . Seperti yang kita tahu , peringkat umur remaja pada waktu sekarang ini , mereka sedang cuba untuk mencari identity dan kelainan dalam diri mereka . Jika mereka terkongkong ini juga boleh merosakkan minda mereka . Bagi aku , kalo nak berhibur ,biarkanlah…..tapi dengan kawalan . Salah satu cara mengawalnya adalah dengan memantau acara-acara hiburan yang dianjurkan oleh pihak pelajar , kerana bagi aku remaja tidak boleh terlepas dengan acara hiburan . Memanglah kalo dipikirkan hiburan ini banyak mengundang maksiat , tetapi pada pandangan aku , benda-benda maksiat ini tidak boleh dihapuskan secara total tetapi ia boleh dikurangkan dan dipantau . Aku kat sini bukanlah seorang yang penuh ngan ilmu atau seorang orang yang patut dihormati . Aku Cuma ingin membawa kalian semua berfikir bahawa kepandaian itu bukan diukur dengan berapa tinggi cgpa kalian yang tertulis dalam transkrip keputusan peperiksaan tetapi ia diukur sejauh mana kematangan dan keterbukaan pemikiran kalian . Kita tidak seharusnya memandang sesuatu subjek atau permasalahan itu dari aspek negative sahaja . Kita haruslah mengimbangi minda kita , dan ini tidak berlaku di dalam pemikiran dan minda pendidik yang bergelar ustaz ini . Dia hanya tahu menghentam dan mengutuk semua perkara yang dilakukan oleh para remaja . Dier sepatutnya menegur para pelajar dengan lebih berhikmah . Itu yang sepatutnya……..Okaylah , aku pun dah xder idea nak diluahkan . Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri aku yang penuh dengan kejahilan dan kehinaan ini .

Current Playlist ….!

Canon Rock = Jerry C

Goblog.........

Warkah Indipendent yang mencentus idea........................................................................!
Hari Malang Mat Ki......!
Waduh2.....!Kesian roommate aku yang sorang niiii...Buat baik pun kener aniaya...!Kete dier orang pinjam sampai accident....!Tapi kalo nak salah kan si peminjam pun xbley...gak..!Tapi yang penting sekarang , dier tetap cool..Kita doakan jer ar Kebahagiaan Si Mat ki nie...!Moga2 Tuhan cekal kan Hati dier...!

Seman...Oh Seman...............!

Seman....????Siapakah insan kerdil ini.....Kenapa namanya disebut2.!Kalo korang nak tau,seman nie adalah junior part 1 kat Kolej Sempana Riau di Uitm Segamat.Bagi aku , kehadiran seman di kolej SR menjadi impak yang besar , Sehinggakan namanya bukan sahaja popular dikalangan senior-senior tapi hingga dijadikan tajuk melodrama untuk kolej SR dan membawa kolej SR sebagai pemenang pertandingan melodrama tersebut . Aku kat cni bukan nak bincangkan pasal melodrama ni ataupun seman . Aku sebenarnya nak membincangkan bagaimana insan kerdil yang biasa dan xde langsung keistimewaan dapat membawa impak yang besar pada penghuni kolej sr . Mungkin ini yang dinamakan aura mcm Si artis mi segera yang terkenal tue..(Mawi ler tue).....xder paper keistimewaan langsung pada diri dier ...nak kata ensem...gua lagi ensem beb (tue kalo mawi dah tmbh berat sebanyak 70 kg)heheheeee...!Begitulah kuasa tuhan , ape2 pon boleh berlaku..............................!Mungkin aku xnampak lagi kot keistimewaan seman nie......pape pon...lantak ko lah...seman!Jangan lu dismissed sem depan sudeh....!

Anda tidak matang lagi jika::::

Anda Tidak Matang Lagi Jika::::
1. Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedngkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.4.Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun.5. Asyik terkenang wajah kekasihnya yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pula wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak ditemui.6. Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahwa anda sendiri tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika menunaikan solat.8. Lebih banyak mengucapkan kalimah ‘I Love You’ berbanding kalimah zikir seperti: Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar!

Apa pentingnya pilihanraya di kampus?


Orang sebok bercerita tentang salah guna kuasa oleh pihak atasan pengajian tinggi di dalam urusan undian kampus, dan campur tangan kerajaan dan badan politik negara, sehinggakan ada perasaan tidak puas hati dan membawa masaalah ini ke mahkamah dan sebagainya. Yang jelas ialah isu ini timbul kerana adanya pilihanraya itu sendiri. Apa pentingnya pilihanraya kampus? Pilihanraya umum Malaysia nampaknya tidak cukup untuk memberikan semangat berpolitik kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Sehinggakan anak-anak kita di galakkan berpolitik sejak dari di institusi pengajian Tinggi. Perebutan kuasa dia ajar pada mereka dan nampaknya aktiviti ini semakin parah. Malah kini ia ditaja oleh badan-badan politik di negara kita dan melibatkan jumlah wang besar. Mungkin duit sendiri, namun disyakki duit kerajaan dan duit rakyat. Tentu tidak mustahil.Maka seboklah bermesyuarat di PWTC, makan dihotel-hotel dan menyiapkan persiapan – persiapan untuk pilihanraya. Kalau dulu anak susah untuk balik kampung kerana banyak tesis dan menyiapkan projek yang diberikan oleh pensyarah, kini anak susah untuk balik kampung akibat sebuk berpolitik. Pelajar kini berpecah pada 2 pihak, pro-pembangkang dan pro-pemerintah atau dikenali dengan nama Aspirasi.Kakitangan dan Pengetua pusat pengajian juga nampaknya beria-ia dalam menyokong pemerintah sehinggakan mereka juga turut bersekongkol dalam memenangi calon pro-pemerintah. Mengikut saudara saya yang berada di institut pengajian tinggi, terdapat ramai juga yang memasuki kawasan pusat pengajian yang terdiri dari orang – orang luar yang cuba untuk memberikan sokongan dan campurtangan dalam sistem politik kampus itu sendiri.Dalam isu politik kampus ini, kebanyakan pelajar yang bergiat adalah terdiri dari bangsa Melayu, sedangkan kebanyakan bangsa asing tidak ambil peduli langsung tentang politik. Cuma diarah turun undi, maka turun lah mereka. Selepas itu lesap, hilang, masuk khutub-khanah. Menjadi kebanggaan setengah-setengah Pihak untuk melibatkan diri dalam politik kerana menjadi terkenal dan mempuyai kuasa yang tidak seberapa dalam kampus. Namun jelasnya tumpuan pelajaran mereka terjejas. Walaupun dinafikan tentang kejatuhan prestasi, namun masa untuk pembelajaran akan terjejas akibat menumpukan masa mereka dengan merancang, menyiapkan dan berkempen untuk pilihanraya tersebut.AKIBAT PILIHANRAYASudah banyak contoh kepincangan dan kasih berbelah bagi kepada rakyat akibat fahaman politik negara sekarang. Tidak dinafikan juga bahawa politik dikampus juga akan mengakibatkan sikap sedemikian. Layanan yang tidak seimbang, dalam berpolitik dan memberi kemudahan untuk pembelajaran, malah lebih merosakkan lagi ada yang sanggup memukul dan menghina pelajar yang berfahaman politik pro pembangkang. Banyak risiko boleh diperolehi dari politik dikampus, contohnya seperti berikut: -RISIKO SEMASA1. Pembaziran masa pembelajaran untuk sebok dalam pilihanraya2. Berpuak – puak di dalam kampus dan sikap bermasam muka diantara pelajar 1 bilik dan 1 kuliah.3. Permusuhan diantara penyokong mengakibatkan kehancuran bangsa MELAYU.4. Sikap tidak adil kakitangan kampus dan sokongan kakitangan kampus.5. Penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan kampus termasuk pengarah dan HEP.6. Pembaziran wang dalam menyediakan persiapan pilihanraya termasuk duit sediri dan duit kerajaan.7. Pemunduran prestasi pelajaran pelajar yang ketara, namun cuba ditutup dengan kelulusan bagi pihak propemerintah.8. Melibatkan campurtangan kerajaan dalam pilihanraya kampus sehinggakan tanggung-jawab sebenar kerajaan ditinggalkan.RISIKO JANGKA PANJANG1. Rasuah dan merosakkan jabatan serta urusan pekerjaan mereka (seperti masakini).2. Sifat menjaga kroni (seperti masakini).3. Gila Kuasa seterusnya menjadikan mereka Gila Pangkat. (seperti masakini).4. Lupa Tanggung-jawab. (seperti masakini).5. Kelulusan yang rendah dalam jumlah CGPA. (seperti masakini).6. Berpolitik di tempat kerja. (seperti masakini).7. Sikap bermusuhan sesama pekerja yang PRO-pengarah 1 dan PRO-pengarah2. (seperti masakini).8. Lupa tanggung-jawab untuk memajukan syarikat. (seperti masakini).9. Sikap negative dalam menerima tugas dari majikan. (seperti masakini).10. Sikap memerintah dan bukan menerima arahan dikalangan bekas pelajar. (seperti masakini).11. kenaikan pangkat ketika alam pekerjaan dihasilkan lebih dari pengetahuan politik dibandingkan dengan kebolehan sebenar pekerja menunaikan tanggung-jawab. (seperti masakini).Jika difikirkan dengan logiknya, mencari wakil ketua di dalam kampus, tidak memerlukan pilihanraya. Pihak kampus sendiri boleh memilih siapa yang mereka mahu berdasarkan tahun pengajian, keputusan CGPA penuntut dan rekod kokurikulum mereka. Kenapa boleh dicari pelajar terbaik, sedangkan ketua pelajar perlu dipilih melalui pilihanraya. Memilih ketua mudah sahaja, macam pilih ketua kelas ketika sekolah rendah dan menengah. Kenapa perlu ada pilihanraya sehingga menghabiskan masa sehingga berminggu-minggu untuk membuat persiapan dan pelajar yang turut melibatkan diri dalam semua proses pilihanraya telah membazirkan banyak masa? Jika dikatakan pemilihan wakil pelajar selama ini adalah tidak adil, adil sangatkah kalau wakil pelajar dipilih melalui pilihanraya? Adil sangatkah jikalau kemenangan pilihanraya lebih kepada pro kampus dan kerajaan? Jangan cerita pasal demokrasi jika demokrasi digunakan untuk kemenangan bagi satu pihak? Adil sangatkah demokrasi? Akibatnya keputusan peperiksaan pelajar tidak seberapa dan sebagai tukang kempen, yang gagal tetap ditendang atau menjalani tempoh perhatian tambahan semestar. Sayangnya kerajaan terus memupuk remaja yang masih bersekolah menengah dengan penubuhan PUTERA. Sudah diberitahu, yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari UMNO.KESIMPULANApa rasionalnya pilihanraya di adakan dikampus, selain dari melalaikan, menjatuhkan dan merosakkan bangsa itu sendiri. Tidak ada guna kampus menghasilkan produk politik untuk masa depan negara, sedangkan produk professional semua bidang masih kekurangan. Malaysia akan lihat di masa akan datang, PWTC penuh, cakap banyak sedangkan tiada siapa untuk melakukannya. Contoh lain seperti, isu Noh Omar dengan dadahnya, tiada kejayaan. Sebab apa? Ramai sangat yang bercakap, sedangkan untuk melakukan kerja ke arah itu, 2 ke 3 kerat. Siapa yang rugi? Peruntukan kerajaan 13 juta setahun habis juga, peruntukan kondom dan jarum sebanyak 150 juta kini menunggu pula untuk dihabiskan, sedangkan dadah masih berleluasa dan terus menghancurkan rakyat dan negara.Kepada pemimpin negara, kalau setakat bercakap, semua orang boleh. Yang susahnya untuk melakukan atau untuk mempraktikkan. Negara kini kekurangan jawatan dan pekerjaan di dalam bidang professional dan penyediaan kelulusan pelajar sepatutnya berdasarkan kepada jumlah kekosongan jawatan semasa. Rasanya graduan lulusan politik, sudah berlebihan dan berlambak. Tak payah keluarkan lagi lah produk ini. Jangan nanti berdegar hanya di dewan, membisu pada kenyataan.




Pagi yang sejuk dan mengantuk....!...

Arghhhh………!Malas betul nak betul nak bangun pagi . Aku pun capai handphone aku kat bawa bantal . "Baru pukul 7.20 a.m !".selalu aku bangun pukul 7.30 a.m bermakna aku ada 10 minit lagi masa tido . Tak baik membazir…..;p . Nanti kalo dah 7.30 a.m mesti Matki atau Kuni akan kejutkan .heheheeeeeee..!Matki ngan kuni adalah roommate aku selain Luta senior DIIA part 6 . Aku tengok roommate aku masih di ulit mimpi. Matki tersenyum-senyum dalam tidur . Ntah aper yang dimimpi agaknya . Mungkin sedang bersoronok ngan kekasih hati agaknya . Yerlah , orang dah ader Makwe . Agaknyer ar…!heheheeeee..!Aku plak masih solo lagi…selepas aku putus ngan girlfriend aku semester lepas .Biler ar aku nak ada awek . Tapi kekadang tue macam tak relevan plak….nape aku nak ader awek???Naper ah???Ntah ler ek…Skang nie macam trend plak . Hampir setiap orang mesti ada awek . seolah-olah satu kewajiban bagi seseorang remaja tu . Dulu aku ada seorang member yang tak nak ber-awek sehingga dier abis blajar . Tapi couple gak skang . Hehehee..!Lantak kau ler……!Yang pasti orang yang bercinta pada zaman sekarang bukan macam orang dulu . Orang skang kalo dah couple jer bermakna setakat pegang-pegang atau cium-cium tu seolah-olah menjadi perkara biasa dan wajib…dah macam suami-isteri . Ada yang lagi advance terus bersekedudukan . Aper ar nak jadi kan????Kalo ditanya pada yang jantan (yerlah aku pon jantan gak , tak kan nak Tanya kat orang pempuan kot…xpepasal kena penampor)xkira yang alim atau pon yang main langgar jer hokum tuhan pasal pegang-pegang dan cium-cium nie mesti jawapan dier samer . "alarrr…biasa ar orang bercinta…paham-paham sudah…". Ini lah jawapan yang aku sering terima . Sampaikan kalo kita tengok member-member aku yang couple jalan pegang-pegang tangan pon dah tak rasa aper , seolah-olah bender tu dah jadi tradisi kita . Tapi kalo dipikirkan dari hukum agama , semua benda tue berdosa dan membawa kene neraka . Tapi semua dah xamik kisah seolah-olah xder aper yang berlaku . HUKUM TETAP HUKUM BEB……!Aku xcakap aku nie baik sangat…aku pun satu ketika dulu pernah gak terjebak (Jahat gak aku nie) tapi skang nie insyaallah aku akan cuba menjauhinya….serius…!Dan ke-soloan aku nie juga adalah factor yang membantu aku untuk tudak melakukan benda-benda maksiat tue . Aku cukup kelakar kalo ada pempuan yang kata dier cukup jaga batas-batas biler kuar ngan Boyfriend orang . Paling sikit pon pegang-pegang tangan mesti ada , walau baik macam mana pun . Dah tentu diorang kuar dating berdua-dua kan . Cinta suci konon …..!setan xmemilih mangsa…api neraka pun macam tue…!INGAT HUKUM TETAP HUKUM….!Hukum tuhan kalo dibawa main , keneraka ar jawabnya……!Alamak dah pukul 7.40 a.m…xsedar lamer gak aku termenung dalam susasana sejuk pagi di Segamat yang sesuai untuk tidur..heheeee!Budak-budak ni pun bukan nak gerakkan aku dari mengelamun..K lah..aku nak pegi mandi , siap-siap pegi kelas….!Arghhhhhh!(mengeliat tak ingat dunia…)…..!
Current Playlist:
Alkaline Trio-Radio…….

Salah Ker???

Umur aku dah masuk 21 tahun . Sedar xsedar dah lama aku tinggalkan sekolah . Dah boleh mengundi rupanya aku nie . Aku nak mengundi parti mana ek???huuhuuu;p … Pas, Keadilan atau Umno…sebenarnya aku tak menyokong mana-mana pihak . Semua parti-parti yang aku sebut tadi atau tak , semuanya hipokrasi . Semuanya ada kepentingan sendiri . Aku terpikir kenapa politik nie terlalu kotor ? Kemana pemimpin yang korupsi dan pecah amanah kita sokong ? Kemana pemimpin yang jahil tentang agama kita sokong dan agung-agungkan…..!Aku hormat dengan Tun Mahatdir . Banyak perubahah yang baik telah orang tua ni buat . Tapi aku rasa tentu dier dah tersedar bahawa selama ini orang-orang bawahan dier (menteri-menteri kabinet lerrr tuu) yang kononnya setia hanyalah lakonan semata-mata . Sekarang dier dilayan seperti sampah yang hanya layak duduknya dicelah-celah bontot . Kesian orang tua tu , jasanya seperti tidak dikenang langsung . Betul kata Tun yang melayu mudah lupa . Skang kita dapat tengok kan? Aku cukup benci ngah joyah seekor dalam umno nie …..Si Rafidah Aziz …dulu biler si tua ni nak letak jawatan dier la yang beriya-iya menangis bagai nak rak seperti perempuan yang telah di cabul peghormatannya . Sekarang tengoklah dier yang menentang tun . Adakah si Joyah nie tak ingat yang saper dier dan dimanakah dier dulu . Bagaikan sampah yang xder tempat dalam tong sampah dier layan tun .Lagi satu si sami dalam Umno nie bler nak letak jawatan plak.Tak abis-abis nak naikkan tol dan takkan tak cukup-cukup lagi makan duit kerajaan.Dah ler tue Mr Sammy. Memang macam-macam kepincangan berlaku dalam politik dinegara kita .Dan kesimpulannya kat cni aku nak buat ialah Kalau kita takder kuasa xder saper yang nak dengar Suara kita. Moga-moga Tun dapat terima yang dier bukan lah lagi perdana menteri lagi. Dah ler malas aku nak cakap lagi . Nanti keener tahan ISA plak..huhuhuuu!Jumper ar lagi untuk post yang akan datang …..;p

UITM DI HATIKU.....

Uitm di hatiku….besar giler pengertiannya pada pelajar-pelajar mahupun bekas pelajar Uitm dan Itm. Bagi aku , memang aku bangga dan bersyukur kerana dapat belajar di Uitm ,yang seperti kita tahu adalah diantara institusi pengajian tinggi yang terkenal di negara kita , selepas bertukar beberapa kali tempat belajar.heheheheeee.(GUA BERHIJRAH LA;P). Ada juga di antara kita yang telah menyimpan impian sejak di bangku sekolah lagi untuk melanjutkan pelajaran di uitm dan ada juga yang berfikir bahawa uitm adalah universiti kelas kedua ataupun terpaksa belajar kat uitm sebab dah xder mana2 universiti nak terima . Tapi lantaklah aper yang korang nak fikir sebab kat sini bukan itu yang nak aku luahkan . Seperti yang sesetengah dari kita ketahui bahawa uitm sekarang sedang mengejar status universiti berkelas dunia . Seiring dengan itu pihak Uitm telah menambahkan bilangan pengambilan pelajar pada setiap sesi pengajian . Ini telah mendatangkan banyak masalah kepada pelajar-pelajar senior dan pihak pengurusan Uitm sendiri . Yang aku cuba tekankan disini adalah , bagaimana pihak uitm tidak menyediakan kemudahan para pelajar sebelum menambah bilangan pengambilan para pelajar bagi setiap sesi . Kini masalah kekurangan bilik asrama dan pensyarah serta kekurang kelas telah menjadi masalah utama bagi hampir setiap Cawangan Uitm di seluruh negara . Di Uitm cawangan segamat sendiri , pihak pengurusan kolej terpaksa menyediakan dorm untuk menampung bilangan pelajar yang bertambah . Dan ada ura-ura yang menyatakan bahwa pelajar semester ke 5 dan 6 akan di arah keluar dari kolej kediaman pada semester hadapan . Ini menimbulkan masalah kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai kenderaan sendiri kerana kedudukan kampus yang agak jauh dari kawasan perumahan . Dari apa yang aku tahu , pelajar diploma mempunyai hak untuk tinggal diasrama sehingga tamat pengajian dan disini DIMANAKAH HAK KAMI….?Pada awal semester baru-baru ini juga banyak berlaku masalah dalam system pendaftaran dan penyusunan jadual waktu kelas serta pembahagian kelas . Kekurangan pensyarahan untuk subjek bahasa seperti bahasa Mandirin juga memberi kesan pada pelajar . Ada diantara kelas yang dipaksa untuk mengambilk subjek bahasa Arab kerana kekurangan pensyarah bahasa Mandirin . Bagi pendapat aku , penambahan bilangan pelajar pada masa sekarang adalah sangat-sangat tidak relevan dan tak masuk akal . Jika kita lihat pada infrastruktur uitm yang usang dan tak mampu untuk menampung pelajar yang ramai . Kita juga dapat lihat dari pengalaman semester lepas . Jika pengambilan pelajar pada semester itu ramai maka ramailah yang akan ditendang keluar . Bagi saya uitm sekarang hanyalah mementingkan kuantiti tetapi bukan quality. Sungguh memalukan bila kita lihat pelajar di Uitm duduk di dorm2 berhimpit2 seperti di rumah kongsi . Tidak seperti di Universiti-universiti tempatan lain. Bagi aku Uitm ini bagaikan perbahasa " Indah Khabar Dari Rupa" . Adakah Uitm layak untuk menjadi universiti berkelas dunia sedangkan perkhidmatan yang diberi seperti kelas ketiga . Aku rasa suasan di politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti adalah jauh kali lebih baik dan berkali-kali lebih selesa dari Uitm . FIKIRKANLAH DIMANAKAH LETAKNYA KELAS DUNIA PADA UITM…?????ADAKAH HANYA DI MULUT SAHAJA…………………………….

Intro...

Assalamulaikum…..!Salam Sejahtera . Sebenarnya.Ini bukanlah blog yang pertama yang aku tulis. Dah banyak blog aku buat tapi semuanya dah jadi sejarah. Yerlah , aku kan bukan nya sejenis manusia yang rajin dan istiqamah dalam apa yang aku buat . Semua ikut kepala aku ajer. Aku harap ngan terciptanya blog aku yang baru ini dapatlah mencoret buah fikiran dan ketidakpuasan hati aku dengan lebih konsisten..(poyo jek ).Dan tahun baru ini aku berazam agar blog ini akan terus bernyawa . selepas membaca buku goblog yang telah diterbitkan oleh papakerma telah menaikkan semangat aku lagi untuk menulis . Moga-moga ada orang membaca blog aku ini . Tujuan aku menulis bukanlah untuk mengutuk sesape ataupun menyebarkan dakyah-dakyah dari pembangkang ataupun kerajaan . Aku Cuma ingin bersikap telus dalam mengutarakan pendapat dan kritikan . Aku juga ingin meminta maaf terlebih dahulu kepada sesiapa yang membaca blog aku ni kerana bahasa yang digunakan dalam blog aku ni tidak lah seindah bahasa yang ada dalam novel-novel yang kalian baca , mungkin adakalanya aku juga mengunakan carutan untuk menunjukkan ketidakpuasan hati aku . Penulisan aku juga bukanlah bersifat ilmiah , tetapi hanyalah penulisan yang berkisar tentang kehidupan di persekitaran aku dan mungkin sedikit tentang hal-hal yang berkaitan kepincangan masyarakat yang berlaku pada masa sekarang . Walaubagaimana pun aku bukanlah seorang yang terlalu prihatin dengan apa yang berlaku dinegara kita sekarang . aku juga bukanlah seorang yang suka membaca dan jika aku membaca pun hanya bahan-bahan bacaan ringan seperti komik-komik . Jadi aku maklumkan lah disini jika ada maklumat yang aku sampaikan tidak@kurang tepat silalah betulkan kerana ilmu yang aku miliki adalah sangat cetek dan picisan. Ok lah….aku pon xder idea lg ni.nantikan coretan idea aku yang akan datang …….

Current Playlist :
The Used – Box Full Of Sharp Object

Pages